Sunday 21 September 2014

Tip Langsing Selepas Bersalin -Part 1

Dalam budaya masyarakat melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana menurut petua orang tua-tua, pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama ketika usia semakin meningkat.

Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini degelar pantang cara tradisional. Namun dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepemuhnya seperti amalan pemakanan akar-akar kayu dan sebagainya.

Apa pun pilihan yang ada samada pantang secara moden atau tradisional, terpulanglah kepada anda sendiri. Bagi yang berminat mencubat Set Berpantang Shaklee boleh klik sini..

SET BERPANTANG SHAKLEE

Yang penting soal pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, ikuti tip mudah di bawah.


~~ Menyusu Bayi


Penyusuan susu ibu bukan sahaja baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari.

~~ Minum banyak air


Bagi ibu yang melahirkan sekaligus menyusu badan perlu banyk minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar. MANFAAT AIR PUTIH UNTUK TUBUH

~~ Makanan seimbang


Tentunya selepas melahirkan anda tidak dapat mengamalkan diet sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuba ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.


Setakat ini sahaja tip langsing selepas bersalin. Banyak lagi sebenarnya nak share, tapi tak mengapa, akan disambung nanti untuk tip langsing selepas bersalin part 2... Jupa lagi...T____T

Anda berminat mahu mengetahui tip kekalkan berat badan selepas langsing?? Klik sini...

KEKALKAN BERAT BADAN SELEPAS LANGSING




No comments:

Post a Comment