Friday 12 September 2014

Kesan Minuman Terhadap Pengambilan Ubat

   
Ubat-ubatan

   Kehidupan kita seharian pasti adakalanya memerlukan ubat-ubat tertentu akibat sakit yang dialami. Tapi sedarkah kita dalam pengambilan ubat-ubatan terdapat beberapa pantang perlu diketahui berkaitan minuman-minuman yang perlu dielakkan dalam pengambilan ubat-ubatan. So jom kita tengok beberapa jenis minuman serta kesannya terhadap ubat yang diambil....> 

Susu
Susu

   Susu sememangnya jelas mempunyai khasiatnya yang tidak dapat dinafikan lagi iaitu ia mengandungi sebahagian besar nutrisi penting yang kita perlukan. Tapi adakah kita tahu bahawa pengambilan ubat bersama susu mempunyai kesan yang negatif? Jika pengambilan ubat diambil bersama susu dibimbangi akan mengganggu kesan ubat berkenaan akibat daripada kandungan kalsium susu tersebut. Malah secara tidak langsung akan mengurangkan daya penyerapan antibiotik dalam tubuh kita. Bagi mengelakkan hal ini berlaku, perlu dipastikan pengambilan ubat dan susu tidak secara bersama dan hendaklah diselangi sekurang-kurangnya 4 jam dalam pengambilan susu selepas pengambilan ubat tertentu.


Wine
Wine

   Kebanyakan masyarakat bukan Islam gemar akan minuman beralkohol especially wine. Tahukah bahawa satu gelas Wine yang diambil bersama ubat boleh menyebabkan jantung berdegup cepat, hipertensi, sakit kepala dan apa yang lebih dibimbangi ia boleh membawa kepada strok (angin ahmar).


Minuman berjus (Oren, Pomegranate@Delima, anggur)
Aneka Jus

   Ramai di antara kita begitu gemar dengan minuman berjus, apatah lagi khasiatnya yang pelbagai. Misalnya jus delima dan anggur yang kaya akan antioksida dan jus oren padat dengan Vitamin C. Tapi yang malangnya ramai di antara tidak tahu kesan jus-jus tersebut yang diminum selepas pengambilan ubat yang mana ia akan menghilangkan kesan khasiat ubat yang diminum/dimakan. Jadi elakkan mengambil jus serentak dengan ubat atau sebaik sahaja selepas mengambil ubat, terutamanya ubat jantung, darah tinggi, ubat-ubat antibiotik, antikanser etc. Ini kerana jus tidak seperti air putih yang mana air putih mampu menyerap kandungan ubat dengan sepenuhnya berbanding jus yang hanya menyerap sebahagian sahaja.


Air kelapa
Air kelapa

   Meskipun air kelapa mempunyai khasiat anti-carcinogenik iaitu anti tindakbalas kimia dalam badan, tetapi jangan sesekali mengambilnya bersama ubat. Walaupun ia kaya dengan elektrolit dan potassium, air kelapa boleh menawarkan kesan ubat iaitu terdapat satu jenis mineral yang akan meneutralkn fungsi ubat tersebut.


   Jadi y'all kene la beringat-ingat dalam pengambilan ubat, takut2 bercampur dengan minuman di atas..Oh ye 1 perkara lagi jangan ambil ubat selepas@sebelum mengambil durian@tapai. tapi xpasti pulak dari sudut bidang perubatan menganai hal neh...juz slalu sgt org2 tua mention benda neh kononnya dibimbangi mengakibatkan kepeningan, mabuk, badan terasa lemah dan lantaran jantung berdegup laju serta keracunan ubat.

So... prevent is better than cure lah...mane la tau kot2 benda neh t'jadik kt kita x ke naye...=) 

No comments:

Post a Comment