Friday 25 July 2014

Tips: Kekalkan Berat Badan Selepas Langsing

Bagi sesetengah orang, menjalani program diet begitu menyeksakan. Tapi berkat disiplin dan kegigihan, akhirnya mereka berjaya mencapai berat badan yang sihat dan ideal.

Malangnya selepas berhempas pulas menjayakan program diet yang menyeksakan itu, berat bada kembali meningkat beberapa bulan kemudian.

Sebenarnya anda tidak boleh cepat berpuas hatidengan berat badan ideal yang telah anda peroleh. Agaknya apa sahaja cara yang mudah bagi memastikan berat badan ideal yang telah dicapai itu boleh dikekalkan? Tip.tip dibawah mungkin boleh membantu anda untuk mengekalkan berat badan ideal.

1. Pelbagaikan senaman

Buat rutin senaman anda bervariasi supaya anda tidak bosan untuk melakukannya setiap hari. Jika tubuh sudah merasa bosan, anda tentu enggan , melakukannya lagi. Contohnya sebelum ini anda melakukan eorobik apa kata anda tukar rutin olahraga anda kepada aktiviti berenang. 



2. Tidak abai atau lewatkan senaman

Sebolek-bolehnya cuba agar tidak mengabaikan rutin bersenam anda melebihi dua hari. Ini kerana ia akan menyebabkan anda mudah kembali ke kebiasaan lama anda yang sering mengabaikan aspek senaman.

3. Cukupkan keperluan cairan tubuh

Minum air putih antara 7 hingga 8 gelas sehari amat penting bagi menjaga keperluan cairan di dalam tubuh anda. Tambahan pula ia mengurangkan rasa lapar.


4. Simpan kudapan sihat

Minyimpan kudap-kudapan sihat seperti buah-buahan, kekacang dan senagainya dapat memgelakkan andadaripada memgambil makanan ringan yang tidak bermanfaat terhadap kesihatan anda.

5. Manjakan diri

Seminggu sekali cubalah manjakan diri anda dengan memberi 'ganjaran' makanan kegemaran anda. Meskipun memanjakan diri, janganlah makan keterlaluan.


6. Ubah sasaran

Setelah berjaya mencapai sasaran berat badan ideal, anda perlu ubah matlamat anda iaitu untuk mengekalkan berat badan ideal. Selain itu anda boleh ,mencuba aktiviti yang lebih menyeronokkan seperti mendaki bukit atau gunung. Aktiviti ini dapat terus membuat tubuh lebih peka, aktif dan cergas.

Atau anda seorang yang amat sibuk dan tiada masa untuk melakukan rutin seperti di atas, anda boleh lah mencuba Set Bajet Kurus Shaklee yang boleh mengekalkan berat badan ideal anda.


***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.***

No comments:

Post a Comment