Monday 25 August 2014

Masker Termurah dan Berkesan

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share berkenaan tips kecantikan yang amat berkesan bagi saya kerana antara banyak-banyak masker yang saya pernah guna masker daripada putih telur ni lah yang TERBAIKKK dan yang penting sekali kos nya amat MURAHHH... Antara masker yang saya pernah cuba antarannya: 


Amat sakit apabila dicabut sampai menagis-nagis. Keberkesanannya 50%.


Bau lemon yang amat kuat. Bagi yang tidak tahan baunya tidak disarankan. Keberkesanannya 50%.


Untuk kawasan hidung sahaja. Apabila dicabut terasa gatal-gatal. Keberkesanannya 40%.
.
.
.
.
Dan masker daripada putih telur 

Keberkesanannya 98%.

Beberapa kebaikan mask putih telur untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.

Selain itu kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda.

Cara-carannya:

1. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Ambil putih telur sahaja. Selebihnya jangan buang pulak, boleh lah korang buat scremble egg ke.



2. Kacau putih telur menggunakan garfu sehingga berbuih.

3. Ambil tisu yang digunting kecil (ikot suka korang lah nak gunting besar mana). Celupkan tisu ke dalam putih telur.

4. Tampal tisu yang telah dicelup putih telur ke muka. Tunggu sehingga kering.

5. Bila kering tarik masker perlahan-lahan dari bawah ke atas dan lihatlah segala blackhead, whitehead tercabut. Bilas dengan air sehingga bersih.


Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jika rajin diamalkan kulit akan bersih dari blackheads, whiteheads dan kulit akan menjadi lembut selembut kulit baby..

Pelakon yang cantik jelita anzalna nasir pun mengamalkan masker putih telur tau. Korang cuba baca kat sini 


Jelesnnya tengok kulitnya..huhu

SELAMAT MENCUBA (^_^)

Betul Ke Makan Shaklee Memudaratkan Kesihatan???

Makan Shaklee Memudaratkan Kesihatan???


5 SEBAB SHAKLEE MEMUDARATKAN KESIHATAN ANDA

(WARNING! SILA BACA ARTIKEL SAMPAI HABIS)
.
.
.
.
.
Walaupun supplemen Shaklee adalah SELAMAT dan SEMULAJADI, tetapi ada juga sesetengah individu berpenyakit yang tidak boleh mengambil vitamin atau supplemen sewenang-wenangnya (samada Shaklee atau yang jenama lain daripada sumber berkenaan). Anda perlu tahu penyakit anda dan juga tahu vitamin atau supplemen apa yang TIDAK BOLEH anda amalkan yang akan memudaratkan anda sekiranya anda mengambil vitamin atau supplemen berikut.

Anda perlu memberitahu dahulu sejarah latar belakang kesihatan anda jika mempunyai penyakit yang berkaitan supaya senang untuk kita memberikan cadangan vitamin atau supplemen yang sesuai untuk permasalahan anda dan mengelakkan vitamin-vitamin yang tidak sesuai untuk anda.


Mari kita lihat apakah kaitannya vitamin dengan penyakit SLE, G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid tersebut:-
.
.
.
.

5 SEBAB SHAKLEE TIDAK SESUAI DENGAN ANDA

1) PENGHIDAP PENYAKIT SLE


Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.


2)  PENGHIDAP PENYAKIT G6PD

Pesakit G6PD dan bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga TIDAK BOLEH mengambil supplemen ESP, Cinch Shake, Vita E dan Lechitin (sumber dari soya) dan Alfalfa.

-Namun begitu setiap individu berbeza tahapnya terhadap setiap jenis makanan. Kenal pasti makanan yang tidak sesuai dgn anda dan rujuk doktor sekiranya berlaku sebarang simpotom.


3)  PENGHIDAP PENYAKIT THALASEMIA


– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.



4)  PENGHIDAP PENYAKIT HYPERTHYROID


Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang
TIDAK BOLEH diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa.


5)  PENGHIDAP PENYAKIT HYPOTHYROID


Pesakit Hypothyroid pula TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.



NOTA TAMBAHAN:

1) Bekas pesakit/ pesakit Endometriosis, fibroid, cyst, breast lump dinasihatkan elakkan ESP, Cinch Shake, Vita E, Lechitin dan alfalfa kerana mengandungi phytoestrogen.


2) Pesakit yang mengambil ubat cair darah (WARFARIN) tidak dibenarkan mengambil Alfalfa kerana kandungan vitamin K dalamnya boleh memekatkan darah.


DISCLAIMER: DIHARAPKAN TIADA DIKALANGAN PEMBACA YANG MEMBUAT ANDAIAN ATAU SALAH FAHAM, 5 PENYAKIT YANG DINYATAKAN SAHAJA YANG TIDAK SESUAI DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE MAHUPUN PRODUK/MAKANAN LAIN YANG BERKAITAN.
PASTIKAN ANDA MEMBELI DENGAN PENJUAL YANG MEMBERI KONSULTASI YANG BETUL UTK MENGELAKKAN BERLAKU KESILAPAN.

Thursday 21 August 2014

Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai


Biasanya soalan ini bermain di kepala setiap pengamal pemakanan tambahan, terutama bagi yang baru mengamalkannya. Biasanya saya mencadangkan agar pengambilan vitamin pada sebelah malam (Selepas makan malam) bagi memudahkan. Maklum, tidak semua orang sentiasa ingat untuk menelan vitamin pada masa2 yang berbeza. Rule of thumb ialah, badan lebih mudah menyerap nutrient pada waktu malam (waktu tidur).

Walau bagaimanapun, terdapat general rule dalam pengambilan vitamin, sebagai panduan buat semua: VITAMIN LARUT AIR (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. VITAMIN LARUT LEMAK (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.


Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.

APA YANG TIDAK DIGALAKKAN Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.


Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin pesanan anda, kalian boleh mencuba saranan ini :

Selepas sarapan pagi : B complex dan zink

In between sarapan dan makan tengari : segelas minuman bancuhan bersama ESP

Selepas makan tengahari : Vitamin C dan Vitalea


In between makan tengahari dan makan malam : segelas minuman bancuhan bersama ESP


Selepas makan malam : kalsium , vitamin E dan Omega (jika ada)

Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :

Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.

Tuesday 19 August 2014

Pedih Ulu Hati Perlu Diawasi


Pedih ulu hati adalah perkara biasa yg berlaku semasa berpuasa. Sebenarnya pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut yg mengganggu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenai sebagai lower esophageal sphincter (LES) tidak tertutup.


Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.

Kenyataan yg selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan makanan berat sebaik sahaja selepas berbuka.

Pedih ulu hati adalah perkara biasa namun jika ia kerap terjadi menyebabkan masalah serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease (GERD).


Tanda dan Gejala
  • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak, atau cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • Sendawa
  • Batuk yang teruk
  • Suara menjadi serak
  • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma

Faktor-faktor Risiko

Makanan dan minuman tertentu boleh menyebabkan pedih uli hati. Ini termasuklah:
  • Alkohol
  • Lada hitam
  • Coklat
  • Kopi
  • Makanan berlemak
  • Makanan bergoreng
  • Sos cili dan tomato
  • Mustard
  • Bawang
  • Jus oren
  • Peppermint
  • Minuman ringan berkarbonat
  • Cuka

Komplikasi

Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor untuk mengesahkan diagnosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.


Rawatan

Kebanyakkan orang boleh mengawal ketidakselesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami (GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.

Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk, anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakaitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali-sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera.


Pencegahan

Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
  • Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang memberi kesan kepada anda.
  • Elakkan makanan pedas dan berempah terutamannya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
  • Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh.

Supplement yang Membantu Mengurangkan Pedih Ulu Hati



ESP merupakan sumber protien unggul  daripada kacang soya dan merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut. 

Di samping itu, nutrien protien yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Jom tengok testimoni pesakit pedih hulu hati yang telah mencuba ESP:

Testimoni pedih hulu hati

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan saya akan memberikan perkhidmatan konsultasi percuma kepada anda..

Sms/pm/whatsapp : 019-5643112
Email : di_ana88@yahoo.com
FB Page : SupplementShop 

 Atau mahu membuat pembelian terus dengan Shaklee....

Boleh klik link di bawah dan anda perlu lengkapkan ODER FORM untuk membuat pembelian langsung melalui Shaklee.


Untuk payment boleh guna credit or debit card. Pembayaran terus kepada Shaklee Malaysia. Tak perlu dah bank in kat saya. Semuanya antara anda dan Shaklee Malaysia. Barang akan dikurier oleh Shaklee Malaysia dengan khidmat kurier GDEX atau CITY-LINK.

Kalau nak lagi jimat JOM JOIN AHLI dan terus dapat harga ahli. Keahlian seumur hidup dan tak ada expired tau. Silap silap kalau cukup points Shaklee bayar bonus lagi.. Best sangat. Jadilah pengguna bijak. Jadi Ahli dan nikmati pelbagai keistimewaan.



***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.***



Saturday 16 August 2014

Tips: Hilangkan Perut Buncit

Ramai wanita yang bimbang tentang penampilan mereka, lebih-lebih lagi bagi wanita yang belum berkahwin. Siapa yang suka perut buncit kan, yela perut buncit menyebabkan wanita sukar memilih pakaian yang menarik kerana bahagian perut yang buncit akan lebih menonjol.

Arhhh BENCI perut buncit!!

Kali ni saya nak share tip diet bagi yang mempunyai masalah perut buncit. Tip yang diambil dari buku The Flat Belly Diet ditulis oleh Liz Vaccariello dan Cynthia Sass. Kedua-dua penulis ini menyarankan beberapa langkah untuk menghilangkan perut buncit:

  • Perhatikan pengmbilan kalori harian. Ia bermaksud, anda perlu membatasi kalori anda sekurang- kurangnya 400 kalori sahaja setiap hari. Ni saya bagi contoh kategori makanan rutin rakyat Malaysia ye. Tengoklah banyak mana kalori berlebihan yang anda ambil.

     Kategori: Makanan Rutin
    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori

    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori


  • Pastikan perut tidak dibiarkan kosong tanpa makanan melebihi dari 4 jam. Sebabnya, perut yang dibiarkan tidak terisi dengan makanan cenderung terlalu lapar sehingga menyebabkan anda makan dengan lebih banyak.
  • Utamakan makanan dengan lemak tunggal tak jenuh ke dalam makanan. Lemak tunggal tak jenuh dapat menurunkan kadar kolestrol dan melindungi jantung. Ia dapat membakar lemak jika diambil dalm kuantiti normal. Contoh lemak tunggal tak jenuh adalah seperti minyak zaitun, minyak biji kapas dan minyak kelapa sawit.
  • Ketika sedang dalam keadaan tertekan, biasanya kita akan cenderung makan dengan lebih banyak. Malah dalam masa yang sama, tubuh akan mengeluarkan hormon kortisol yang mendorong lemak berkumpul di bahagian perut. Jadi dengan mengawal stress anda, secara automatik lemak di perut akan berkurangan.
  • Cari sokongan kawan-kawan atau keluarga untuk sama-sama berdiet dengan anda. Pengaruh orang sekeliling begitu kuat sehingga dapat mempengaruhi gagal atau berjayanya program diet anda.
  • Catat apa sahaja makanan yang anda makan setiap hari di dalam buku kecil. Jangan lupa catatkan sekali jumlah atau kuantiti yang anda ambil agar ia boleh dijadikan panduan untuk mengukur jumlah pengambilan makanan anda setiap hari.
Buku Nota

Atau nak lagi mudah dan senang. untuk menghilangkan perut buncit boleh lah mencuba Herb Lax dari Shaklee yang terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Semalam sebelum tido telan 4 biji herb lax, bgun pagi ni membuang dengan lawasnya, abis segala sampah sarap keluar, perut pun kempis je, sebelum ni 3 hari sekali baru membuang... Bertambah slim lah nt..hehe...


Herb lax ni sgt sesuai untuk org yg nak kuruskan badan, utk kempiskan perut, utk org yg sembelit dan utk org yg tak lawas mcm sy ni.. Kalu payah nak membuang perut pun rs x selesa dan yg plg menakutkan penyakit pun sng dpt.. Yela usus kita dh penuh dgn toksin dan bahan kimia mst penyakit pun sng dpt kn.. Perut adalah rumah segala penyakit.. So, tggu apa lagi, korang ptt cuba herb lax..

Herb Lax yang Awesome

Kalau nak lagi jimat JOM JOIN AHLI dan terus dapat harga ahli. Keahlian seumur hidup dan tak ada expired tau. Silap silap kalau cukup points Shaklee bayar bonus lagi.. Best sangat. Jadilah pengguna bijak. Jadi Ahli dan nikmati pelbagai keistimewaan.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan saya akan memberikan perkhidmatan konsultasi percuma kepada anda..

Sms/pm/whatsapp : 019-5643112
Email : di_ana88@yahoo.com
FB Page : SupplementShop 

 Atau mahu membuat pembelian terus dengan Shaklee....

Boleh klik link di bawah dan anda perlu lengkapkan ODER FORM untuk membuat pembelian langsung melalui Shaklee.


Untuk payment boleh guna credit or debit card. Pembayaran terus kepada Shaklee Malaysia. Tak perlu dah bank in kat saya. Semuanya antara anda dan Shaklee Malaysia. Barang akan dikurier oleh Shaklee Malaysia dengan khidmat kurier GDEX atau CITY-LINK.

***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.***