Monday 22 September 2014

Tip Langsing Selepas Bersalin - Part 2


Sebelum ni saya ada ceritakan tentang tip langsing selepas bersalin di  PART 1, kali ni saya nak sambung lagi beberapa tip yang saya baru dapat dari sumber pembacaan majalah yang saya rasakan ianya amat sesuai sekali dengan tajuk saya..

Siapa yang tak nak kan dapatkan bentuk badan seperti sebelum bersalin. Yela, badan selepas bersalin akan menggelember sedikit, terutama di bahagian perut. Di sini saya ingin kongsikan kepada anda tip mudah untuk langsing selepas bersalin.

>>> Olahraga


Walaupun dalam berkeadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi berjalan-jalan dengan kereta sorong atau menggendongnya sudah cukup untuk membakar kalori anda.

>>> Makan hanya ketika lapar



Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa mahukan makanan bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan  hanya kerana ingin cepat langsing. Anda perlu ingat anda masih menyusui bayi dan perlu mendapatkan kesemua nutrisi untuk tumbesaran awalnya.


>>> Sertai kelas olahraga pasca kelahiran



Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan pula anda akan bertemu dengan ibu-ibu lain. Semestinya banyak faedah saling bertukar-tukar pendapat. 

Anda berminat mahu mengetahui tip kekalkan berat badan selepas langsing?? Klik sini... 

KEKALKAN BERAT BADAN SELEPAS LANGSING

Anda mempunyai masalah kesihatan dan mencari supplement yang terbaik untuk anda???

Klik SINI untuk melihat set kesihatan yang terbaik untuk anda..


No comments:

Post a Comment