Saturday 13 September 2014

Jom Luangkan 30 minit Untuk Hilang Stress

Dalam kehidupan harian, kita tidak dapat lari dengan tekanan atau stress.. Tekanan berada di mana-mana sahaja, dan tanpa sedar ia mengganggu emosi dan tumpuan kita.

Contohnya tekanan di tempat kerja kerana kerja terlalu banyak, tekanan di jalan raya kerana jalan jam, tekanan di di rumah kerana rumah bersepah dan banyak lagi keadaan yang boleh menyebabkan tekanan. Jika tekanan ini tidak dikawal, ia membolehkan seseorang itu menjadi seorang pemarah, pendiam dan pendendam.

Di sini saya ingin kongsikan cara untuk manfaatkan 30 minit untuk diri sendiri bagi menghilangkan tekanan dan stress. Pasti tubuh terasa lebih relaks, fikiran lebih tenang dan kesihatan kamu akan lebih terjaga


20 minit Membaca Menghilangkan Stress

Buku adalah senjata yang dapat menghilangkan stress! Selain memberikan ketenangan, membaca juga dapat menghilangkan rasa penat setelah seharian bekerja. Jika kamu tidak gemar baca buku yang berbentuk rencana, pilih lah bacaan novel. Jalan ceritanya bukan sahaja menghiburkan, bahkan bovel dapat merangsang imaginasi dan meningkatkan pengeluaran.


4 minit Basah, Tarik Dan Urut


Terlalu banyak perkara yang difikirkan? Hilangkan tekanan dengan mandi! Ketika mandi, basahkan rambut dan tarik rambut secara perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali di bahagian tepi, kiri, kanan dan belakang. Dengan kaedah ini ketegangan kamu akan berkurang. Selepas itu lakukan urutan melingkar pada seluruh kulit kepala. Selain dapat melancarkan peredaran darah, ia juga dapat meredakan stress.



2 minit Kopi Meningkatkan Metabolisme

Hiruplah kopi ginseng. Nikmati aroma dan khasiatnya. Bagi penyelidik barat, kopi dapat meningkatkan metabolisme tubuh. Manakala ginseng pula memberikan tenaga dan memberikan khasiat yang bagus untuk kesihatan. Jadi...apa tunggu lagi! Hirup dan nikmatilah kopi anda..


1 minit Hilangkan Tekanan

Letakkan pokok hijau di atas meja tulis kamu. Apabila kamu kepenatan, rehatkan minda dan nikmati keindahan daunnya yang hijau. Kamu akan terasa lebih relax dan cool.


3 minit Bersemangat Dengan Muzik

Dengarlah lagu yang indah-indah dan asyik. Tapi kamu janganlah memilih lagu-lagu yang sedih-sedih pula. Saat itu nikmati dan ikut menyanyi sama. Jika kamu tidak menghafal lagu yang sedang dimainkan, lakukan senaman mulut dengan mengungkapkan a, e, i, o, u dengan bersungguh-sungguh hingga otot mulut terasa menegang.
.
.
.
So, luangkan masa anda selama 30 minit untuk melakukan perkara seperti di atas. Semoga dengan tips yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat meredakan atau menghilangkan tekanan stress anda. Hidup mesti ceria, smile always..(^_^)

1 comment:

  1. terima kasih atas info yg sangat bermanfaat
    jemput berblog walking ke blog sy
    http://bit.ly/1tRuWDn

    ReplyDelete