Kali ni saya nak share pasal kebaikan minum air putih a.k.a air kosong ni. Korang mesti minum air kosong setiap hari kan?? Tapi cukup ke korang minum tu?? Setakat 2 gelas air kosong sehari masih belum cukup...
For your info, badan kita kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
So, ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas atau kira-kira 2 liter sehari. ~Sumber : Harian Metro
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCOY8AjrZI-Aa4n-imdqIyKsCc_ZfRnpOvM542rJDsYKoHWW0VeJHDOjsCy1fhpNiFSB0usWPtecT3gv5BhDoXqH1oF-aC5sOg_jOzSYISFUZAjsvhNJX49FTxDBhrHfJhgM2Zb7surlM/s320/Manfaat+minum+air+putih.jpg)
Kebaikan mengamalkan meminum air putih setiap hari
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak
mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu
mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan
melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat
sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi
kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan
berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi
juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat
bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat
bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian
terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan
pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan
penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit
kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana
air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta
melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih
ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa
pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air
dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap
‘sodium’ di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air
dalam otak.
No comments:
Post a Comment