Wednesday 24 September 2014

Tip Elak Osreoporosis


Jangan kecewa saat doktor memberitahu anda bahawa hasil pemeriksaan mendapati anda penghidap osteoporosis. Anda masih boleh memulihkannya dengan melakukan perubahan gaya hidup sihat untuk kesihatan tulang.

Usaha anda mungkin tidak dapat membantu memperbaiki tulang jika ia berkaitan dengan faktor penambahan usia, tetapi sekurang-kurangnya dapat melambatkan pereputan tulang.




Tip di bawah untuk memelihara tulang kekal kuat dan sihat sehingga terhindar dari osteoporosis.

Ambil kalsium mencukupi

       Kalsium adalah kunci untuk menjaga kesihatan tulang. Supplement makanan boleh menjadi pilihan tetapi yang terbaik adalah memastikan pengambilan kalsium mencukupi. Orang dewasa perlu memenuhi sebanyak 1,000 mg kalsium setiap hari, tetapi yang berumur lebih 50 tahun pengambilan kalsium adalah sebanyak 1,200 mg. Wanita yang monopaus pula memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 1,300 mg setiap hari. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium adalah:

- produk susu rendah lemak seperti susu skim atau susu ricotta
- sardin tin di dalam minyak bersama tulang
- jus yang diperkaya dengan kalsium
- sayuran berdaun hijau

Cukupi keperluan vitamin D

       Sumber yang terbaik vitamin D adalah cahaya matahari. Pendedahan kulit kepada cahaya matahari tanpa sinar UV pagi selama 15 minit diperlukan setiap hari. Tetapi ada sesetengah orang yang tidak boleh terkena sinaran matahari secara langsung terutama bagi pesakit kanser kulit. Golongan seperti ini boleh sahaja mendapatkan vitamin D dalam bentuk supplement. Dos yang diperluakan adalah antara 400 hingga 800 IU sehari. Apa pun terdapat pilihan makanan yang jugabkaya dengan vitamin D iaitu:

- salmon, tuna, makerel, sardin
- kuning telur
-produk susu

Makan produk segar

       Kesihatan tulang bergantung kepada variasi makanan yang mengandungi vitamin dan mineral yang berbeza. Jadi ambilah buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna. Mengikut kajian, mereka yang rajin makan buah dan sayuran segar mampu mempertahankan banyak kalsium di dalam tubuh.

Kurangi garam

       Makan makanan yang mengandungi garam yang banyak boleh menyebabkan tubuh kehilangan lebih banyak kalsium. Sebaiknya kurangkan makanan seperti telur masin, ikan masin, ikan bilis dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment