Saturday 6 September 2014

Terimalah Pasangan Mu Seadanya

Benarlah orang kata alam percintaan dn perkahwinan sangat berbeza. Dulu masa berkenalan tidak nampak kekurangannya segalanya indah dan manis belaka tapi lepas kawin timbul sahaja isu tidak puas hati pada pasangan.


Kalau dah tahu si suami bergaji kecik sebelum kahwin kenapa kita tidak berpuas hati kalau keinginan tidak dapat disediakan. Lepas tu kalau dah tahu suami pemalas kenapa dimanjakan di awal perkahwinan dahulu hingga dia dah terbiasa dengan tidak membantu dalam urusan rumahtangga.

Sama juga jika si isteri sudah makin besar badannya, kenapa tidak membantu dari segi sokongan moral dan kewangan untuk badan dia kembali ke saiz asal, bukannya menyindir mengejek tentang saiz badannya.

Dalam kedudukan suami dan isteri yang hampir setara malahan sudah semakin ramai isteri yang kedudukannya lebih tinggi dari suami, pakar kaunseling mengenalpasti hampir kebanyakkan rumah tangga berpunca daripada kekurangan rasa hormat terhadap pasangan kita.

Sebenarnya rasa hormat harus dilandasi atas satu perkara iaitu penerimaan. Adalah penting untuk menerima pasangan seadanya. Kita harus menerima hakikat sebagai manusia biasa kita adalah insan yang dijadikan Allah dengan penuh kekurangan dan kelemahan. Janganlah kita hanya melihat keemahan si dia sedangkan pihak suami juga terpaksa menerima kekurangan diri anda.

Masing-masing harus sering muhasabah diri bahawa jika ada sifat pasangan yang tidak disukai pasti ada juga sikapnya yang lain yang memuaskan dan memikat hati anda. Ingatlah saat manis ketika di awal percintaan dahulu.



Terlalu Ingin Kesempurnaan

Berikut punca yang menyebabkan wujud rasa tidak puas hati terhadap pasangan sehingga menyukarkan untuk menerima suami dan isteri seadanya.

1. Meletakkan kepentingan diri sendiri dahulu dan bukannya pasangan. Ini berlaku bagi pasangan yang lebih mengutamakan diri sendiri dan terlalu berkira dengan pasangan.

2. Mahukan tumpuan penuh daripada pasangan. Jika boleh setiap waktu kelapangannya perlu diisi dengan menemanindan melayani kehendak dirinya.

3. Mahukan pasangan berubah mengikut seperti yang dimahukan dan bukan mengikut kemampuan empunya diri.

4. Kurang menghormati perasaan dan kehendak pasangan. Teguran yang dilakukan berbentuk paksaan dengan kata-kata yang tidak sopan.

5. Mengongkong pasangan dan tidak memberikan ruang peribadi kepada pasangan mengisi masanya sendiri.


Jadi bagi memudahkan anda menerima pasangan seadanya lakukan langkah-langkah ini:

1. Maklumkan apa yang anda inginkan daripada pasangan anda. Jangan berharap pasangan boleh membaca fikiran dan keinginan kita. Berterus terang adalah penting agar si suami atau isteri mengetahui apa kekurangan yang perlu diperbaiki. Jangan pendam dalam hati.

2. Usahakan pujukan kerana ia penting untuk mehangatkan perasaan cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Pujukan yang dimaksudkan bukanlah untuk melayani pasangan merajuk tetapi dengan memberi galakan dan galakan yang berhemah agar dia berubah.

3. Menjalin kerjasama dengan pasangan anda. Berkongsilah masalah, aktiviti dan tindakan untuk kesepakatan bersama.

4. Mengenali isi hati dan perwatakan sebenarnya. Ukuran sebelum perkahwinan tidak boleh digunakan selepas berkahwin tetapi kenalilah sikapnya selepas bergelar suami dan fahamilah segala kekurangan yang ada.

5. Muhasabah diri. Jangan hanya pasangan anda sahaja sudah berubah dan wujud kekurangan tetapi cuba tanyakan juga pasangan apakah perubahan yang si dia mahukan daripada anda. Bila kedua-dua suami isteri sudah berubah ke arah kebaikan barulah wujud keseimbangan dan menguatkan keserasian.


Suami isteri ibarat pakaian dan cermin kepada yang lain, ia harus saling melengkapi dan menutup kelemahan di antara satu sama lain. Segala kelemahan dan kekurangan pasangan adalah merupakan kekuatan bersama apabila diambil secara positif dan membina. Terimalah dia seadanya, hakikatnya bukanlah kita menyanyangi pasangan diri kita kerana kelebihan yang ada pada dirinya. Jadi janganlah dilupakan kekuatan dan kebaikan pasangan kita itu.

2 comments: