Monday 8 September 2014

Petua Cantikkan Rambut- Pelik Tapi Benar

Assalamualaikum semua.. Okey hari ni saya mendapat satu petua atau tips baru dari sebuah majalah wanita di mana petua ni amatlah mudah dan murah..(benda yang murah dan menjimatkan ni memang i loikee..hehe) 

Sebenarnya bab-bab petua dan tips kecantikan ni memang saya suka, sebabnya ianya berasakan semulajadi macam tips saya yang lepas iaitu maker telur tu korang patut cuba, memang BEST BANGAT!!! Korang yang x cuba tu memang rugi, klik sini untuk mencuba ----->>>>>> masker putih telur..

Eh sebenarnya bukan nak cerita pasal masker la, ni nak cerita pasal petua untuk cantikkan rambut. Sebab rambut adalah mahkota wanita, so x semestinya kau pakai tudung x perlu jaga rambut. Wanita yang bertudung lah perlukan penjagaan rambut yang lebih sebab rambut yang tertutup dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kelumumur (entah betul tak eje, lantak kau lah asal aku paham..haha) 

Okey, petuanya mudah sahaja, apa yang korang perlu sediakan adalah seperti berikut:




Shampoo ( ikutlah jenama apa pun)
2 sudu madu
1 biji telur ayam

Campurkan 2 sudu madu dan sebiji telur, kemudian sapu di seluruh rambut dan kepala anda, buat macam bershampoo seperti biasa. Kemudia bilas.. Lap rambut anda sampai kering.. 


Korang akan berasa rambut lebih lembut dan senang diurus. Jika diamalkan selalu rambut akan menjadi lebih sihat dan cantik.Tapi niat la nak cantikkan rambut untuk suami baru dapat pahala, janganlah korang p tayang rambut yang dan cantik tu dekat orang bukan muhrim pulak..

Selamat mencuba yer..

No comments:

Post a Comment