Thursday 18 September 2014

Buah Jambu Air Memberi Manfaat Dari Akar hingga ke Daun!!


Buah jambu air masam dan manis rasanya malah mengandungi air yang cukup banyak. Keunikan jambu air ini kerana dari buah hingga daunnya memilikki bau yang wangi. Bukan itu sahaja, biji, bunga, buah dan batangnya juga memilikki manfaat yang tersendiri.

Biji jambu air

- Biji buah jambu air yang dikeringkan dan dihancurkan boleh dijadikan ubat cirit-birit, asma dan berkesan untuk meredakan demam. Biji buah yang segar pula dapat membantu menyembuhkan katarak serta diabetes.

Bunga jambu air

- Bunga jambu air beraroma manis dan biasannya digunakan untuk membantu menurunkan demam. Ia juga boleh dijadikan masker bagi meredakan  cacar air.

Daun jambu air

- Daunnya dimanfaatkan sebagai ubat mata serta melancarkan pencernaan.

Batang jambu air

- Batang kayunya digunakan untuk mengatasi masalah berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis dan juga jangkitan tekak.

- Akar jambu air dapat dimanfaatkan sebagai ubat yang dapat menyembuhkan penyakit epilepsi.

Buah jambu air

- Buahnya dimanfaat dapat mengatasi cirit-birit dan berperanan dalam transformasi gula menjadi tenaga. Kandungan serat vitamin c dalam jambu air dapat membantu mennurunkan kolestrol dalam tubuh.

- Buah ini juga membantu melindungi wanita dari ancaman kanser payudara. Bila dimakan buahnya secara rutin, ia dapat mencegah peyakit kanser prostat di kalangan lelaki.

- Selain itu, buah ini kaya dengan vitamin dan mineral seperti sodium, zat besi, potasium, protein dan serat.

No comments:

Post a Comment