Wednesday 1 October 2014

Gusi Sihat Tanda Tubuh Pun Sihat


Gusi yang sihat menandakan tubuh yang sihat. Selain gigi, kesihatan gusi juga perlu diberikan perhatian. Jika diabaikan penyakit seperti gngivitis dan periodontitis mungkin boleh menyerang gusi anda.

Penyakit gusi atau gingivatis merupakan tahap awal penyakit. Gejalanya yang boleh dilihat adalah gusi berubah warna menjadi merah dan mudah berdarah. Walaupun ia tidak menimbulkan rasa sakit, jika dibiarkan radang ini boleh berkembang menjadi periodontitis pula.

Untuk merebak menjadi periodontitis mengambil masa yang agak perlahan kerana ia akan menghancurkan jaringan sel penguat gigi sehingga menyebabkan gigi semakin lemah dan lama-kelamaan akan tercabut. 

Penyakit Gusi

Gingivitis biasanya berlaku pada masa akhir kanak-kanak manakala periodontitis pula boleh berlaku di kalangan mereka yang berusia 30-an.

Penyebab utama terjadinya penyakit gusi ialah keadaan mulut yang kurang bersih yang dimulai dengan pembentukan plak gigi. Plak gigi yang terbentuk selama dua hingga tiga hari ini akan berkembang menjadi tatar (kalkulus). Keadaan ini akhirnya akan menggangu gingival dan boleh memyebabkan hilangnya jaringan sel penguat gigi.

Pengambilan tembakau seperti yang terdapat pada rokok, mulut kering diabetes, pemakanan yang buruk serta jangkitan virus akan meningkatkan lagi risiko terkena penyakit ini.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda tip cegah penyakit gusi.

  • Gosok gigi dua kali sehari terutamanya selepas makan.
  • Makan makanan yang kaya serat. Hindari makanan manis yang mudah melekat pada gigi khususnya di antara waktu makan.
  • Jika anda seorang perokok, seboleh mungkin kurangkan kebiasaan tersebut atau gantikan rokok dengan gula-gula getah.
  • Menggosok gigi sahaja tidak mencukupi. Oleh itu gunalah flos gigi dan berkumur dengan cairan antiseptik setiap hari bagi mengurangi terbentunya plak pada gigi.
  • Usahakan untuk membuat pemeriksaan diri ke doktor gigi secara rutin.
Rawatan

Kunjungi doktor gigi untuk mengetahui keadaan gigi anda. Doktor pasti akan memberikan saranan perawatan gigi yang sesuai dengan keadaan gigi anda. Misalnya, kaedah yang betul memberus gigi, penggunaan flos atau berkumur-kumur dengan cairan antiseptik.

Selain itu jika anda merasa bahawa gusi anda berwarna terlalu merah dan mudah berdarah, anda perlu segera membuat pemeriksaan lanjut kepada doktor gigi anda untuk menangangi masalah tersebut.

1 comment:

  1. ada satu lagi ...oil pulling guna minyak kelapa dara..

    http://bit.ly/1BSTsFx

    ReplyDelete