Monday 15 September 2014

Rambut Rosak Akibat Memakai Tudung?? Ahhhh TIDAKKK!!!



Ada yang beranggapan merawat rambut yang ditutupi oleh tudung memang agak susah. Ini kerana rambut yang tertutup jarang terkena udara. Bukan itu saja, rambut yang diikat sepanjang hari juga berkemungkinan menyebabkan rambut rosak dan patah.



Namun jangan bimbang!! Niat beribadah tidak harus terhembat hanya kerana masalah yang boleh kamu atasi. Jom semak tip berikut!!

1. Pilihlah kain tudung dari jenis bahan yang mudah menyerap peluh contohnya kain kapas. Ia memudahkan peredaran udara di kepala.

2. Jika berada di rumah, lebih baik membiarkan rambut lepas terurai agar rambut kamu boleh beristirehat.

3. Sebelum bersyampu sapukan limau nipis pada kulit kepala agar rambut kamu terhindar dari kelumumur dan kelembapan rambut tetap terjaga.

4. Bersyampu sebanyak mana yang kamu perlukan. Kekerapan bersyampu bagi setiap orang berbeza-beza dan bergantung pada jenis rambut. Bagi jenis rambut berminyak elok bersyampu setiap hari. Selepas bersyampu pastikan kamu menggunakan perapi atau sebarang produk rawatan rambut untuk mengembalikan kesegaran rambut.

5. Paling tidak sebulan sekali lakukan rawatan creambath atau rawatan rambut di salun. Sekarang terdapat banyak salun yang khas untuk wanita atau wanita muslim sahaja. Jadi kaum wanita bertudung boleh bebas menikmati perawatan kecantikkan tanpa rasa ragu-ragu.

No comments:

Post a Comment