Wednesday 10 September 2014

Khasiat Susu Ibu


   Bagi pasangan yang bakal menerima kehadiran cahaya mata perlu melengkapkan ilmu di dada tentang cara penjagaan bayi secukupnya. Ini kerana ramai pasangan yang telah bergelar ibu bapa masih cetek pengetahuan tentang penjagaan bayi contoh seperti cara memandikan bayi, pemberian susu ibu dan sebagainya

   Hari ini saya ingin berkongsi kepada bakal ibubapa atau yang dah bergelar ibu bapa tentang feedah penyusuan bayi.

   Seperti yang kita tahu susu ibu adalah makanan yang TERBAIK untuk bayi anda. Sebaiknya ibu perlu menyusukan bayi mereka sehingga umur 2 tahun. Ini kerana susu ibu mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.


Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu .

Kecutkan rahim

   Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium

   Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan

   Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit

  Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan

   Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin

   Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis

   Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan

   Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
 
   Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi

   Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


   Wah banyaknya kebaikan susu ibu ni. Untuk ibu-ibu mempunyai masalah susu kering boleh lah mencuba Set Menyusu dari Shaklee iaitu gabungan ESP dan Alfafa, masalah susu kering atau sedikit boleh diatasi dengan set ini.

   Jom tengok testimoni ibu yang mengambil Set Menyusu ni.. Susu melimpah-limpah sampai kena bli deep freezer, mana taknya ofis hour blh dpt 20 -30 oz... Alhamdulillah... Anak kenyang ibu pun senang..:-)



Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan saya akan memberikan perkhidmatan konsultasi percuma kepada anda..


Sms/pm/whatsapp : 019-5643112
Email : di_ana88@yahoo.com
FB Page : SupplementShop 



 Atau mahu membuat pembelian terus dengan Shaklee....


   Boleh klik link di bawah dan anda perlu lengkapkan ODER FORM untuk membuat pembelian langsung melalui Shaklee.

ODER SET MENYUSU

   Untuk payment boleh guna credit or debit card. Pembayaran terus kepada Shaklee Malaysia. Tak perlu dah bank in kat saya. Semuanya antara anda dan Shaklee Malaysia. Barang akan dikurier oleh Shaklee Malaysia dengan khidmat kurier GDEX atau CITY-LINK.

   Kalau nak lagi jimat JOM JOIN AHLI dan terus dapat harga ahli. Keahlian seumur hidup dan tak ada expired tau. Silap silap kalau cukup points Shaklee bayar bonus lagi.. Best sangat. Jadilah pengguna bijak. Jadi Ahli dan nikmati pelbagai keistimewaan.


***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.***


No comments:

Post a Comment