Saturday, 27 September 2014

Tip Penjimatan Minyak

Ramai yang merungut apabila harga minyak naik dengan mendadak. Pelbagai luahan rasa dapat kita dengar tentang isu ini, tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk menangani isu ini adalah dengan melakukan penjimatan petrol secara efektif.


Beli petrol ketika suhu tidak panas

Waktu pagi dan malam adalah waktu yang ideal untuk kamu mengisi petrol kereta berbanding pada siang hari. Pada suhu ini, isi pasu peteol lebih padat kerana pam peteol hanya mengukur isi padu bahan bakar dan bukan ketumpatannya. Secara teknikalnya, kamu akan mendapat lebih banyak petrol berbanding pada waktu tengah hari.

Periksa tekanan tayar kenderaan


Keadaan tayar yang kurang angin akan mengurangkan kecekapan bajhan bakar sebanyak 2% untuk setiap PSI di bawah tekanan sebenar. Keadaan ini menyebabkan jangka hayat kereta lebih pendek. Jadi pastikan kamu membeli alat pengukur tekanan udara tayar yang berkualiti dan simpanlah di dalam kereta kamu.

Memperlahankan kenderaan dan pandu mengikut had laju


Kenderaan yang dipandu pada kelajuan 110km/jam akan menggunakan 20% lebihan petrol berbanding kelajuan 90 hingga 100 km/jam. Oleh itu, pastikan kamu memandu mengikut had kelajuan yang ditetapkan.

Elakkan penggunaan pendingin udara secara kerap

Tahukah kamu pendingin udara mengurangkan ekonomi bahan bakar sebanyak 10% sehingga 20%. Gunakan pengudaraan hawa sebagai gantinya.

Jangan memandu dengan cermin terbuka

Ketika berada pada kelajuan yang tinggi, jangan buka cermin kenderaan di lebuh raya kerana ia mengurangkan kecekapan bahan bakar sebanyak 19%. Lebih baik sekiranya kamu menggunakan sistem pengudaraan yang ada pada kenderaan kamu.

Jangan biarkan enjin hidup terlalu lama tanpa bergerak

Walaupun pada suhu yang sejuk, jangan biarkan enjin kamu hidup yerlalu lama tanpa gerakan kerana ia akan menyebabkan penggunaan lebihan petrol.

Elakkan menggunakan gear rendah

Cuba kekalkan had laju kereta lebih daripada 35km/jam. Langkah gear dari gear satu terus ke gear tiga atau empat ketika kereta menuruni bukit mahupun jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan had laju kamu dengan segera. Jangan hanya menggunakan gear lima di lebuh raya sahaja. 


Berminat untuk menjana pendapatan part time atau full time dengan pendapatan 2k hingga 3 k sebulan??? Klik SINI untuk info lanjut.

1 comment:

  1. Baru tahu tips ni... Termia kasih atas perkongsian...

    Jom baca ni juga >> Petua Tambah Darah Bagi Ibu Hamil

    ReplyDelete