Tuesday 23 September 2014

Tip Pemilihan Pakaian Mengikut Bentuk Tubuh


Untuk tampil menarik dan bergaya, pemilihan pakaian memainkan peranan yang penting dalam menjadikan penampilan kelihatan lebih memikat dan meyakinkan.

Di samping penjagaan diri, kita harus tahu pakaian  dan warna apakah yang sesui kerana setiap individu mempunyai tona warna yang tersendiri, begitu juga dengan bentuk tubuh badan.

Dinsini saya ingin berkongsi cara untuk memilih pakaian mengikut bentuk tubuh badan individu.


Bentuk Jam Pasir

Bentuk  tubuh jenis ala jenis jam pasir ini menjadi idaman setiap wanita memandangkan bentuknya yang mengecil di pinggang. Anda yang memilikki bentuk badan ini bebas memikih pelbagai potongan pakaian, kerana bentuk tubuh anda cukup ideal. 

Pun begitu, bentuk tubuh jenis ini juga mengalami masalah dalam memadankan seluar, yang mana saiz pinggang lazimnya lebih kecil daripada peha, menyebabkan kesukaran dalam mencari seluar. Jesteru, jangan sampai salah memilih motif atau warna, pilihlah yang sesuai warna kulitn anda.

Bentuk Pear

Bentuk tubuh sebegini dapat dilihat pada bahagian tubuh yang atas lebih kecil dan melebar di bahagian bawah. Untuk bentuk tubuh pear, sebaliknya pilih busana warna cerah pada bahagian atas supaya lebih tertumpu pada bahagian tersebut. 

Manakala untuk di bahagian bawah, pilih wide leg dengan warna yang gelap bagi tujuan menyamarkan pinggul dan peha anda yang besar. Hindari penggunaan seluar jenis garis-garis horizontal khusunya di daerah pinggul dan peha. Hal tersebut akan membuatkan pinggul dan peha anda terlihat lebih besar.

Tubuh Berbentuk Panjang

Ciri-ciri perempuan yang memilikki bentuk tubuh persegi panjang adalah memilikki bahu yang lebar dan bidang. Tubuh seperti ini biasanya dimilikki mereka yang bergelar atlit. Bagi anda yang memilikki bentuk tubuh begini, pilih pakaian sukan tank top dengan leher yang rendah. 

Untuk bahagian bawah, pilih seluar berwarna gelap dengan garis terang di bahagian samping akan menegaskan lekukan tubuh sehingga anda akan terlihat lebih seksi. Pastikan juga anda tidak memilih pakaian dengan satu warna dari atasan hingga bawah kerana ini akan membuatkan anda nampak membosankan.

Diamond

Bentuk badan berlian adalh dicirikan oleh bahu yang sempit dan payudara yang kecil. Jika anda mempunyai bentuk berlian, anda harus menhelakkan apa-apa jua yang dipasang, corak yang kontras atau disesuaikan melalui pinggang.

No comments:

Post a Comment