Sunday 14 September 2014

Tembakau Boleh Menghilangkan Sengatan Lebah??



Bagi yang tinggal di kawasan kampung mungkin ada pengalaman disengat lebah ketika membersihkan kawasan rumah. Jangan bimbang kerana tembakau yang selama ini dilihat lebih banyak digunakan dalam pembuatan rokok boleh membantu redakan sengatan lebah.

Bagi sesiapa yang tidak tahu apakah itu tembakau, ni saya tunjuk gambar tembakau yang digunakan dalam pembuatan rokok.


Tembakau boleh digunakan sebagai pestesid dan di dalam bentuk nikotin tartrat dapat digunakan sebagai ubat. Selain kesan buruk pada kesihatan seperti diwar-warkan, ia mempunyai kesihatan alternatif dan boleh dijadikan ubat yang cepat dan mudah untuk meringankan kesan sengatan lebah.

Berikut adalah cara-cara untuk menggunakan tembakau sebagai ubat mengurangkan sengatan lebah:

>> ambil setengah sentimeter hujung tembakau pada rokok dan keluarkan isinya.

>> basahkan serpihan tembakau tadi dengan air. Kemudian letakkan pada sehelai sapu tangan nipis dan kecil yang dibasahkan sedikit dengan air.

>> letakkan tuala berisi tembakau tadi pada bahagian sengatan. Rehatkan diri dengan berbaring.

>> biarkan tuala ditekap pada bahagian sengatan sehingga hilang rasa sakit pada sengatan.

No comments:

Post a Comment