Thursday 4 September 2014

Lemak dan Gula Perlu Dielak Ketika Berdiet

Semua ornag suka makan makanan manis dan berlemak kan??? Kuih muih yang manis seperti kek, kuih puteri mandi, tepung pelita dan makan berlemak seperti pizza, burger dan nasi lemak memang telah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia. Tapi tahukah anda makanan yang berasakan GULA dan LEMAK inilah yang perlu dielakkan ketika berdiet.

Secara umumnya lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun olahan makanan yang telah diperbagaikan menjadikan keduannya bahan yang membahayakan.



Lemak

Sebenarnya, pakar permakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaannya tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 35 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:

1. Lemak baik 

>>> ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang banyak memberi manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf.

2. Lemak tepu 

>>> lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu dan daging di mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan otak dan kalsium.

>>> bagaimanapun jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20mg sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.


Gula

Gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang komplex dan sederhana.

1. Karbohidrat komplex

>>> ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara terus. Oleh kerana itulah, gula yang dihasikan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utama yang diterima oleh badan manusia.

2. Karbohidrat sederhana

>>> boleh ditemui dalam biskut, roti dn kuh-muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada tempoh waktu yang singkat.

>>> gula yang terhasil dari proses ini boleh menyebabkan diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti.


Oleh itu sekirannya anda ingin menurunkan berat badan agak-agaknya mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan memberi cadangan agar keduanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya kepada kesihatan.

No comments:

Post a Comment