Thursday 18 September 2014

Singkirkan Plak Gigi Dengan Stawberi



Secara umumnya stawberi mengandungi nutrisi penting untuk tubuh seperti protein, lemak, karbohidrat dan tenaga.

Selain itu, stawberi kaya dengan pelbagai mineral di dalamnya seperti kalsium, fosfor, zat besi, magnesium, potasium, selenium, vitamin c dan juga asid folat.

Stawberi juga terbukti memilikki aktiviti antioksidan 2 kali ganda melebihi anggur merah, 5 kali ganda melebihi dari epal dan pisang serta 10 kali ganda dari buah tembikai.


Lebih unik, buah ini dapat menanggalkan plak pada gigi. Minum jus stawberi dapat merangsang penghasilan siliva dalam jumlah yang tinggi. Cara ini efektif bagi mencegah penyakit gigi dan mulut dengan mudah.

Namun perlu diingat, akan lebih efektif lagi sekirannya anda tidak mencampurkan sebarang pemanis di dalam jus stawberi kerana buah ini sendiri mengandungi gula semula jado.:-)

No comments:

Post a Comment