Wednesday 17 September 2014

Rahsia Buah Timun


Buah timun boleh dimakan secara mentah atau diolah menjadi pelbagai jenis masakan. Ia boleh dimanfaatkan sebagai pencegah peradangan. Oleh itu pada saat jerawat timbul makanlah timun atau dijadikan sebagai masker muka.

- Timun mempunyai kemampuan diuretik yang boleh mendinginkan pencernaan serta membersihkannya sehingga anda terhindar dari masalah buang air kecil mahupun besar.

- Menurut kajian, timun dapat membantu mempercepat proses penyembuhan artritis, paru-paru, sakit perut dan masalah kecacingan.

- Makanan yang diketegorikan sebagai buah dan sayuran ini kaya nutrisi, malah boleh dijadikan jus. Jus timun dapat meringankan penyakit hati dan perut.

- Timun boleh menyegarkan mata dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata. Hanya letakkan hirisan timun pada mata ketika tidur.

- Ia bukan hanya baik untuk kulit malahan baik juga untuk merawat kesuburan rambut. Campurkan timun dan lobak merah, bayam serta salad dan dioleh menjadi jus. Minum sebanyak 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

- Jadikan masker untuk melembabkan kulit serta menyembuhkan jerawat

No comments:

Post a Comment