Tuesday 30 September 2014

Rahsia Jarang Jatuh Sakit

       Pernahkan anda tertanya-tanya bagaimana rakan anda jarang sekali dilihat menghidap penyakit walaupun hanya deman atau salelesema? Berbanding dengan anda, jelas sekali anda lebih mudah dihingapi demam atau selesema tatkala ramai di sekeliling anda juga menghidap selesema.

       Sebenarnya terdapat beberapa cara sederhana yang mudah dilakukan untuk meningkatkan sistem imunisasi terhadap serangan virus penyakit. Ikuti beberapa rutin mereka yang jarang atau hampir tidak pernah jatuh sakit.

Mandi air sejuk


       Mungkin anda berasa ragu dengan rutin ini, tetapi mengikut kajian, mandi dengan air bersuhu dingin boleh membantu menambah jumlah sel darah putih sehingga tubuh anda mampu mencegah serangan penyakit.

Minum air panas


       Rajin-rajinlah minum air panas atau suam seperti air putih, teh atau kopi. Ini kerana, ia akan membantu tubuh untuk mendapatkan cairan hangat yang membantu meningkatkan sistem imunisasi sehingga tubuh lebih tahan terhadap serangan penyakit.

Kunyah bawang putih



       Mungkin ramai yang tidak gemar makan bawang, terutamanya bawang putih kerana ia boleh menyebabkan nafas berbau. Namun begitu, khasiat bawang putih ini sebenarnya dapat membantu memelihara kesihatan.

       Hasil kajian yang dilakukan terhadap khasiat bawang putih mendapati bahawa bawang putih mengandungi zat antimikroba yang baik untuk memelihara kesihatan.

       Bagi menjaga kesegaran nafas, cubalah hancurkan bawang putih dan campurkan dengan satu sudu sirap.

Mahu mengetahui lebih banyak lagi tip sihat?? 
Anda stress??? Ingin mengetahui cara mengurangkan stress??

No comments:

Post a Comment