Tuesday 2 September 2014

Sumber Makanan Perlu Diamal Wanita

Tanpa sedar, terdapat pelbagai jenis makanan sihat yang boleh diambil khususnya bagi wanita. Makanan dapat memberikan kesan baik terhadap mental mahupun fizikal kaum hawa. Namun sekiranya ingin mendapatkan kesan yang lebih baik seeloknya ia diambil setiap hari kerana sumbernya mudah diperoleh.

Di sini saya ingin berkongsi makanan yang bagus untuk wanita:

Ikan salmon


Ia merupakan sumber protein haiwan yang cukup bermanfaat untuk kesihatan. Bukan hanya kaya dengan zat besi malah ikan salmon juga tinggi kandungan asid lemak omega 3. Asid lemak ini mampu menstabilkan mood skaligus memperbaiki mood yang berubah-ubah ketika datang bulan.

Buah cranberi


Terdapat satu kajian kesihatan yang telah dijalankan sejak bertahun-tahun lamanya mendapati buah cranberi mampu mengurangkan risiko penyakit kanser payudara serta penyakit jantung terutamanya di kalangan wanita.

Bayam


Sayuran hijau memang terkenal sebagai makanan yang hebat malah bermanfaat dalam menjaga kesihatan tubuh. Salah satunya adalah bayam. Ia kaya dengan vitamin, mineral serta kandungan magnesium yang tinggi. Dipercayai pengambilan magnesium berupaya mengurangkan gangguan PMS dan sakit di bahagian payudara, kembung serta kenaikan berat badan.

Oat


Bijirin ini merupakan sejenis makanan yang sihat dan kaya dengan nutrisi. Bagi wanita yang mengambil oat secara teratur secara tidak langsung anda menjaga kesihatan jantung dan saluran pencernaan. Kandungan vitamin B6 di dalam oat berupaya menstabilkan tekanan darah seterusnya mengurangkan kesan negatif dari sindrom sebelum haid. Dalam masa yang sama, zat-zat di dalamnya juga mampu mencegah risiko kelahiran bayi cacat.

Susu


Kekurangan kalsium menjadi salah satu masalah kesihatn yang biasa dialami oleh wanita. Kesannya mereka mudah terkena osteoporosis apabila usia memasuki fasa menopaus. Pengambilan susu secara konsisten harus dititikberatkan tanpa mengira umur wanita. Ini kerana apabila kalsium yang terdapat di dalam susu bercampur dengan vitamin D, sebenarnya merupakan cara yang paling baik untuk mencegah penyakit osteoporosis.

Tomato


Vitamin A dan lycopene yang terdapat di dalam buah tomato dikatakan mampu mencegah wanita daripada penyakit kanser payudara. Di samping itu, zat antioksidan yang tingggi di dalamnya juga memberi manfaat untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.

1 comment:

  1. info yang sangat berguna sekali..terima kasih
    http://bit.ly/1lwa95x

    ReplyDelete