Friday 31 October 2014

Tiroid Boleh Menjadi Kanser!!


Anda pernah dengar dengan perkataan tiroid?? Tiroid ialah sejenis organ yang terletak di leher manusia dan ia berfungsi untuk mengawal pengeluaran metabolisme tubuh. Kebiasaannya kelenjar tiroid ini bertindak seperti penyaman udara iaitu ia menghasilkan hormon tiroid apabila tubuh memerlukan dan berhenti apabila ia sudah penuh di dalam darah. 

Penyakit tiroid terjadi apabila hormon yang dihasilkan terlebih ke dalam tubuh yang dipanggil hypertyroidism atau ia juga boleh terjadi akibat hormon dikeluarkan terlalu berkurang dan tidak mencukupi yang dikenali sebagai hypothyroidism.
Kelenjar tiroid ini boleh membengkak dan menjadi merah atau ia membentuk satu benjolan. Penyakit tiroid jenis hyperthyroidism adalah gejala yang kerap berlaku terutama di kalangan wanita berbanding lelaki. Oleh itu golongon yang kerap berisiko menghidapinya adalah WANITA !!!
a. Hyperthyroidism :
Ia berlaku apabila terlalu banyak hormon tiroid di dalam darah. Ia memberi kesan sepuluh kali tinggi terhadap wanita berbanding lelaki, ini boleh berlaku secara berterusan di dalam sesebuah keluarga. Tanda- tanda yang anda mungkin mengalami hyperthyroidism ialah :
*Denyutan jantung yang laju
*Sentiasa gelisah
*Timbulnya perasaan marah
*Penurunan berat badan
*Rambut gugur
*Sukar untuk tidur (insomnia)
*kurang daya tahan terhadap kepanasan
*Pusingan haid tidak teratur
*Mata menjadi besar
*Turun berat badan mendadak walau selera naik
*Cirit Birit
*Lemah tubuh badan
*Osteoporosis
b. Hypothyroidism :
Ia terjadi adalah kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah, ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan selalu menyerang golongon berumur 40 tahun ke atas dan golongon yang berisiko adalah wanita. Penyebab hypothyroidism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyerang tiroid. Tanda-tanda penyakit ini  :
*Kurang tenaga
*Rasa sejuk
*Denyutan jantung perlahan
*Depresi
*Berat badan bertambah
*Kurang daya ingatan
*kulit kering
*Rambut gugur
*Sembelit
*beguk
*Nafsu seks turun
*Suara serak
c. Beguk
Ia adalah pembesaran atau pembengkakan kelenjar tiroid. Apabila ia berlaku menunjukkan ada masalah dengan tiroid. Kekurangan iodin boleh sebabkan beguk. Tanda-tanda beguk ialah :
*Rambut kering
*Bengkak di tengkuk
*kehilangan berat badan
*Perubahan haid
*jantung berdebar-debar
*cepat marah
*mata jadi besar
*perubahan kadar metabolisme
Dalam kes-kes teruk beguk boleh menyebabkan seseorang sukar bernafas dan menelan.
d. Kanser Tiroid :
Benjolan yang terdapat di tiroid. Lebih 90 peratus benjolan bukanlah kanser. Selalunya dapat dibuang melalui pembedahan samada dibuang semua atau sebahagian sahaja. Kanser tirid peringkat awal tidak menunjukkan sebarang kesan. Namun semasa kanser membesar, tanda-tanda kanser tiroid akan mula terasa seperti :
*benjol di bahagian depan leher
*Sukar untuk bercakap dalam suara yang normal
*Sukar menelan dan bernafas
*Rasa sakit di tekak dan leher
Anda yang mengalami tanda-tanda penyakit tiroid atau sudah mendapat penyakit tiroid dan tercari-cari penawarnya? Jangan risau! Anda boleh mencuba VIVIX dari Shaklee ysng merupakan supplement antioksidan yang tinggi yang merawat dari sel DNA!! 
Makan Vivix baru 14 hari masalah tiroid hilang!!



Sbarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi saya di:

Sms/pm/whatsapp : 019-5643112
Email : di_ana88@yahoo.com
  
Jika anda mahu membeli Vivix Shaklee ini sendiri, boleh klik di sini: 



Minuman Pemberi Tenaga

Bagi anda yang tercari-cari minuman yang mampu memberikan tenaga yang berterusan supaya anda mampu menjalankan aktiviti kesukaan anda tanpa sebarang masalah, anda boleh lah mencuba salah satu jenis minuman ini. Anda pasti berpuas hati!

1. CINCH ENERGY TEA MIX
Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian

2. PERFORMANCE DRINK

Memuaskan Dahaga Para Juara

Penyahhidratan merupakan faktor utama yang sering mengakibatkan kelesuan dan menjejaskan prestasi atlet. Shaklee Performance® terbukti secara klinikal mampu menghidratkan tubuh dengan lebih berkesan berbanding air. Di samping itu, Performance mengandungi lebih banyak elektrolit dan membekalkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman penghidratan terkemuka.

Rumusan elektrolit proprietari OPTI-LTYE™ dengan campuran unik karbohidrat kami bertindak pantas untuk memberikan tenaga serta-merta yang berkekalan serta merangsang penghidratan optimum.

Terbukti secara Klinikal
  • Ujian makmal terhadap atlet cemerlang menunjukkan bahawa Performance Shaklee membekalkan spektrum elektrolit yang menyeluruh, termasuk kalsium dan magnesium (ciri unik yang tidak dimiliki oleh jenama terkemuka)
Ambil yang Terbaik, Serlahkan yang Terbaik
  • Dengan formula yang terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi anda, membantu anda menjalani latihan lebih lama dan mengembalikan tenaga dengan lebih cepat, Shaklee Sports Nutrition adalah pilihan bijak untuk memberikan apa yang tubuh anda perlukan sebelum, semasa dan selepas latihan.
Jaminan Ketulenan Shaklee
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis atau pengawet

3. ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Membekalkan tenaga berpanjangan dengan kebaikan protein berkualiti tinggi daripada tumbuhan

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.
Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP juga mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:
  • Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada Nilai Harian kalsium, serta isoflavon soya. Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus*
  • Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal

Wednesday 29 October 2014

Kebaikan Zink Shaklee


APA itu ZINC?
Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.


Kebaikan Zinc Complex Shaklee


1. Mengaktifkan 200 jenis enzim


Zinc berkebolehan menggabung DNA, RNA, dan Protein, seterusnya merangsang regenerasi sel. Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam badan untuk memelihara metabolisme gigi dan pertumbuhan para remaja.

2. Membentuk Kolagen


Zinc membantu pembentukan kolagen dan protein untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabeties


Zinc membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki Diabeties.

4. Bintik Putih di Kuku


Bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan Sistem Imun


Membantu pengeluaran kelenjar thrymus. Kelenjar thrymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluran T-Cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan Pemulihan Luka


Mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.

7. Memperbaiki masalah Prostat


Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8. Kemampuan Seks Lelaki


Pengambilan Zinc untuk jangkamasa panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma. Zinc secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

9. Ovulasi Wanita


Wanita memerlukan Zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus dan mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki Radang Kulit


Kajian menunjukkan pengambilan Zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulitseperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan Deria Bau


Untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif (rasa dan bau).


Keistimewaan Zinc Complex Shaklee 


Dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita. Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang. Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadminum dan plumbum dari tubuh.

Tuesday 28 October 2014

Penyelesaian Masalah Rambut Dengan Revitalizing Shampoo

Anda dah mencuba pelbagai rawatan rambut dan syampu di pasaran tetapi masalah rambut anda tetap tidak mendapat penyelesaiannya. Jika rambut anda mengalami masalah gugur, rambut berminyak atau kering, rambut kusam, rambut kelumumur, anda patut beralih kepada REVITALIZING SHAMPOO.

REVITALIZING SHAMPOO mengandungi sistem pembersihan yang patent-pending. Diformulasikan dengan humectants dan protin berasaskan sayuran untuk kutikel rambut yang licin.

Mengimbangi kulit kepala dan menyemai rambut dengan humectant, membantu mengurangkan kusut dan mengekalkan imbangan kelembapan dan kilauan.

Kebaikan REVITALIZING SHAMPOO

% Ia dapat membersihkan rambut dengan menanggalkan minyak berlebihan, kotoran dan produk dandanan.

% Mampu memguatkan akar rambut, tidak menanggalkan kelembapan penting, jadi kutikel rambut sentiasa licin dan tahan dari rosak walaupun dalam keadaan basah.

% Anti-statik dan tidak mengering menjadikan rambut mengekalkan flex dan daya tahan semulajadi.

Testimoni REVITALIZING SHAMPOO



Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi dan saya akan memberikan perkhidmatan konsultasi percuma kepada anda..

Sms/pm/whatsapp : 019-5643112
Email : di_ana88@yahoo.com
FB Page : SupplementShop 

Atau mahu membuat pembelian terus dengan Shaklee....

Boleh klik link di bawah dan anda perlu lengkapkan ODER FORM untuk membuat pembelian langsung melalui Shaklee.

ORDER REVITALIZING SHAMPOO

Untuk payment boleh guna credit or debit card. Pembayaran terus kepada Shaklee Malaysia. Tak perlu dah bank in kat saya. Semuanya antara anda dan Shaklee Malaysia. Barang akan dikurier oleh Shaklee Malaysia dengan khidmat kurier GDEX atau CITY-LINK.

Kalau nak lagi jimat JOM JOIN AHLI dan terus dapat harga ahli. Keahlian seumur hidup dan tak ada expired tau. Silap silap kalau cukup points Shaklee bayar bonus lagi.. Best sangat. Jadilah pengguna bijak. Jadi Ahli dan nikmati pelbagai keistimewaan.




***These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.***


Monday 27 October 2014

Makanan Sesuai Selepas Olahraga

Salam ceria semua... T____T

Semalam saya dah menyentuh tentang DAHULUKAN SARAPAN ATAU OLAHRAGA dan saya harap dengan info tersebut anda dapat membuat pilihan yang bijak iaitu samada dahulukan sarapan dahulu atau olahraga. Dan kali ni pula saya nak share tentang makanan yang sesuai selepas olahraga.

Kadang-kadang kita melihat ramai yang singgah di kedai makan untuk bersarapan setelah berolahraga dengan makanan yang tidak sesuai seperti roti canai, nasi lemak, dan sebagainya. Bukan hanya pilihan makanan yang tidak sesuai, tapi ada pula yang mengurut kaki dan pinggang.



Disarankan agar anda memilih makanan yang sihat bagi memaksimumkan manfaat olahraga yang telah dilakukan. Seterusnya pilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika berolahraga. Kesalahan ketika memgolah tubuh ketika betolahraga, seperti kekejangan, lenguh badan dan sebagainya menjadi faktor negatif kepada anda untuk terus aktif berolahraga.

Sebelum anda mengamalkan pengambilan ubat-ubatan, apa kata anda cuba dahulu amalkan beberapa jenis makanan berikut sebagai langkah pemulihan setelah berolahraga. Ikuti panduan ini:


# Halia merupakan salah satu jenis tanaman yang mempunyai banyak khasiat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan angin yang masuk ke dalam tubuh tetapi juga berkhasiat untuk mengurangi rasa kaku dan lejang pada otot, setelah berlari. Zat seperti gingerol, shogaol dan zingerone dapat membantu menyembuh rasa sakit pada tubuh.

# Selain enak dicampurkan di dalam sos pasta, jus tomato juga berperanan di dalam penyembuhan kecederaan yang disebebkan oleh aktiviti berbasikal. Biasanya ia mudah berlaku apabila berbasikal terlalu lama. Kandungan likopen yang terdapat di dalamnya boleh menyembuhkan jaringan kecederaan agar sembuh lebih cepat. Ambil auns tomato selama seminggu bagi penyembuhan.

# Protein yang terkandung di dalam yogurt mempercepatkan pemulihan otot setelah berolahraga. Penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengambil protein lebih cepat pulih dari keceseraan otot berbanding orang yang hanya mengambil placebo. Bagi orang yang menggemari sayuran hijau, mengambil 3 auns sayuran hijau yang mengandungi nutrisi seperti beta karoten dan viamin E sebelum berolahraga selama 8 minggu berturut-turut juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan otot akibat berolahraga.

# Jus ceri yang kaya dengan kandungan polyphenol, iaitu flavanoid dan anthyocyanins diketahui mampu mengurangi radang. Ketika atlet mengambil jus ceri secara teratur selama 7 hari sebelum dan dua hari selepas berolahraga, otot mereka didapati pulih dengan cepat.

Sunday 26 October 2014

Dahulukan Sarapan Atau Olahraga???

      Sering kali kita ragu-ragu untuk membuat keputusan samada sarapan dahulu atau olahraga. Ada yang berpendapat lebih baik berolahraga dahulu supaya tidak terganggu akibat perut yang penuh ketika berolahraga. Namun ada juga yang mengatakan bersarapan terlebih dahulu agar bertenaga untuk memulakan aktiviti, sekaligus dapat membakar kalori makanan yang dimakan.



       Apakah turutan yang betul, olahraga atau sarapan dahulu? Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Glasgow, United Kingdom, olahraga sebelum sarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.

       Para penyelidik mengatakan bahawa berolahraga sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.

       Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa olahraga sememangnyabagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ia dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari malam sebelumnya.

       Seramai 10 orang responden lelaki telah dipilih menyertai kajian tersebut bagi menguji keberkesanan olahraga yang dilakukan sebelum bersarapan. Dalam kajian tersebut, kesemua responden diminta untuk menikmati sarapan pada hari pertama kajian tanpa melakukan olahraga.

       Hari kedua pula, responden diminta untuk berolahraga terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bersarapan. Hari ketiga pula, responden diminta bersarapan terlebih dahulu diikuti dengan aktiviti olahraga.

       Hasil kajian tersebut mendapati bahawa secara umumnya diketahui para responden lebih banyak membakar kalori pada hari kedua, sehingga 33 peratus berbanding pada hari ketiga. Cara ini boleh dijadikan sebagai langkah penyelesaian masalah berlebihan berat badan. Tapi ia perlu dilakukan secara konsistan agar dapat menurunkan berat badan semaksimum mungkin.

Tip Cegah Penyakit

       Apabila usia menginjak usia 30 tahun ke atas, tubuh badan masih di tahap aktif dan produktif. Namun jika pola hidup  dan pemakanan sejak di usia muda sehingga di tahap usia 30 tahun tidak sihat, anda mungkin akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.

       Jadi sebelum anda menyesal di kemudian hari, sebaiknya sedari awal dengan amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang baik. Pun begitu, masih belum terlambat untuk anda mengubah gaya hidup yang sihat.

       Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ikuti tip yang boleh anda jadikan panduan bagi menjaga kesihatan anda.

       Berusaha untuk mengurangi ketegangan dalam pelbagai aspek, baik di tempat kerja mahupun di dalam lingkungan rumah. Semakin anda relaks, semakin mudah tubuh anda mengatasi kadar tekanan. Berdasarkan kajian, olahraga merupakan antara salah satu cara yang mampu membantu mengurangkan perasaan tidak selesa yang dialami, terutamanya stress. Jadi, jangan tunggu. Mari mula berolahraga!


~ Olahraga secara teratur bukan sahaja membuatkan tubuh anda menjadi cergas, sihat dan bermaya, terutama kepada anda yang berada di lingkungan usia 30 tahun ke atas. Tidak perlu intensiti olahraga yang berlebihan. Cukup sekadar 15 hingga 30 minit sesi olahraga setiap hari untuk kesihatan jantung anda.


~ Cuba hindari makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan yang tinggi kalori. Makanan sebegini boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam tubuh, seterusnya menjadi penyebab sakit jantung dan penyakit lain.


~ Tidur kurang dari 5 jam sehari boleh menyebabkan risiko strok atau serangan jantung. Sebaiknya pastikan anda dapatkan tidur nyenyak yang mencukupi dan kekalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.


~ Sarapan amat penting untuk memulakan hari anda. Jangan sesekali abaikan atau melewatkan sarapan anda. Sarapan yang sihat akan memberikan kebaikan rubuh untuk kekal aktif sehingga tiba waktu tengah hari. Perkayaan sarapan anda dengan  pengambilan vitamin dan juga mineral yang boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.


~ Paling penting, batasi pengambilan gula dan garam seharian anda. Makan makanan yang manis boleh meningkatkan kolestrol serta kadar trigliserida manakala makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.