Tuesday 9 September 2014

Tip Untuk Sentiasa Sihat!!


1. Mudah sahaja untuk kamu kekal langsing. Pastikan kamu minum air terlebih dahulu sebelum mengambil apa jua makanan. Dengan cara ini kamu akan lebih cepat kenyang dan tidak perlu lagi mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak.



2. Makanan pedas membantu kamu untuk menurunkan berat badan. Mulai hari ini berlajarlah untuk menggemari pelbagai jenis berempah ratus seperti halia, cili api, cili merah dan lada hitam kerana kesemuannya membantu pembakaran lemak sehingga 25%.



3. Dapatkan tidur yang berkualiti di setiap malammu. Ini kerana tidur yang cukup membuatkan kamu rasa kurang untuk makan. University of Chicago baru-baru ini merumuskan bahawa metabolisma wanita akan meningkat 40% sekirannya mereka mendapatkan tidur yang mengcukupi.



4. Jangan lupa untuk membuat catatan saat kamu membeli belah bagi mencegah pembelian barang-barang yang tidak diperlukan. Dengan cara ini keinginan kamu itu akan terbatas dan kamu tidak perlu lagi membeli sebarang makanan ringan yang boleh menaikkan berat badan kamu.



5. Hindari makan ketika menjelangnya malam hari. Pakar diet mengatakan ruangan gelap dan kegelapan malam boleh membuatkan kamu makan berlebihan. Cubalah tidur lebih awal. Nyalakan lampu yang terang dan ini akan membuatkan kamu menjadi riang dan tidur lebih lena.



6. Jangan lupa bersarapan. Kamu memerlukan tenaga yang lebih untuk bekerja di siang hari. Jangan biarkan perut kamu lapar kerana ia akan menyebabkan kamj makan berlebihan.

1 comment:

  1. thanks for the info
    jemput berblogwalking ke link sy
    http://bit.ly/1qCfvwk

    ReplyDelete