Thursday 11 September 2014

Suhu Panas Boleh Merosakkan Ubat

Gambar hiasan

Tahukah kamu ubat-ubatan boleh rosak jika dibiarkan terdedah kepada suhu yang terlalu panas. Dalam satu kajian oleh sekumpulan pakar dari Perkhidmatan Maklumat Ubat-ubatan, Universiti Butler, Indiana, Amerika Syarikat, mendapati suhu udara melebihi 30 darjah celcius boleh merosakkan bahan aktif di dalam ubat.

Ubat-ubatan

Beberapa ubat-ubatan yang tidak tahan pada udara panas ialah insulin, hormon tiroid, ubat berkaitan dengan aerosol fan inheler.

Walaupun ada pengeluar ubat yang mendakwa produk mereka boleh bertahan dalam suhu lebih 30 darjah celcius, tapi seelok-eloknya ia disimpan di dalam kotak yang jauh daripada suhu panas.

Ingat ya, jangan sesekali meninggalkan ubat di dalam kereta yang diletakkan di kawasan lapang kerana kepanasan di dalam kereta boleh mencecah 71 darjah celcius.

No comments:

Post a Comment