Monday 1 September 2014

Kekal Segar Ketika Haid


Ketika seseorang perempuan 'datang bulan' maka akan terjadinya perubahan hormon di mana wanita akan lebih bersikap sensitif. 

Tambahan pula badan akan terasa kurang selesa dan pada waktu ini lah wanita perlu menitikberatkan penjagaan kebersihan mereka. 

Ini kerana apabila badan bersih kita akan berasa lebih segar dan selesa dan dapat mengurangkan sikap sensitif ketika 'datang bulan'.

Di sini saya ingi berkongsi tip yang boleh diaplikasikan untuk memastikan wanita kekal segar ketika haid:


Gunakan pakaian longgar

Menggayakan pakaian ketat menjadi kegemaran segelintir wanita untik kelihatan bergaya. Tapi sebenarnya pakaian sebegitu menyebabkan tubuh berasa tidak selesa. Lebih-lebih lagi waktu haid. Ketika haid tubuh memerlukan ruang untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Jadi lebih selesa untuk mengenakan pakaian longgar ketika haid.


Tidur waktu siang

Cubalah tidur pada waktu siang hari ketika anda haid. Kerana tubuh berada dalam keadaan yang penat dan lemas kerana kehilangan banyak zat besi dalam darah. Jadi tubuh perlukan rehat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekaligus membuatkan diri makin bersemangat untuk menerukan aktiviti-aktiviti lain.


Mandi air panas

Mandi air panas akan membuatkan darah di dalam tubuh kita lebih lancar dan ini akan memberikan rasa selesa dan tubuh juga akan lebih bersih.


Kurangkan garam

Kebanyakkan mereka suka menikmati makanan masin dalam menu hidangan mereka. Walaupun sedar bahayannya namun kerana 'sayangkan' rasa sedap, risiko penyakit diabaikan. Oleh itu garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama sekali waktu haid. Dikatakan, masalah kembung perut juga mudah berlaku pada waktu ini.


Jauhi daging merah

Daging merah dipercayai boleh menambah rasa sakit ketika haid. Malah pada waktu yang sama mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak. Daging merah perlu dielakkan ketika haid. Ambilah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri berasa lebih segar.


Lakukan senaman

'Datang bulan' bukanlah satu penghalang untuk bersenam. Walaupun ada yang beranggap ia akan menambahkan lagi kesakitan tetapi jika dilakukan dengan betul dan konsisten ia akn menjadi ubat yang mujarab dan melegakan. 

Jadi bukalah mata dan cuba mempraktikkan tip-tip diatas sekirannya anda tergolong dalam individu yang bermasalah ketika haid.

No comments:

Post a Comment