Sunday 28 September 2014

Program Diet Dengan Madu

Madu adalah salah satu bahan semulajadi dengan pelbagai manfaat. Ia sudah dikenali sejak zaman dahulu sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ternyata dengan menggunakan madu, kita boleh menjalani diet dengan baik. Ia sesuai dijadikan pengganti gula sekaligus dapat menjaga ukuran pinggang sentiasa ramping.


Berikut antara amalan yang sesuai dilakukan untuk membantu program deit berjalan dengan lancar.

Perahan lemon dan madu

       Untuk memulai hari anda, cuba minum segelas air lemon atau limau nipis dengan madu. Minuman sihat ini membantu agar metabolisma anda kekal baik dan aktif. Selain itu ia mampu menghilangkan lemak dan menjadi minuman detoks untuk tubuh.

Madu dan badam

       Salah satu sarapan baik dan menyihatkan adalah satu sudu madu dicampurkan pada badam. Kacang ini diperkaya dengan tenaga dan vitamin E sementara madu pula memberi nutrisi magnesium dan mineral penting kepada tubuh.

Teh madu

       Teh madu memberi kesan menenangkan sehingga membuat tubuh relaks. Gantikan penggunaan gula dalam minuman anda bagi mendapatkan rasa yang lebih segar dan bermanfaat untuk kesihatan.

Air madu

       Amalan meminum air madu hangat selepas makan boleh membantu melancarkan pencernaan. Ia juaga melancarkan metabolisma yang memudahkan diet anda.

Minuman madu dan kayu manis

       Minuman ini amat disarankan untuk anda yang sedang diet mahupun yang sedang mengekalkan gaya hidup sihat. Kombinasi kedua-dua bahan ini menjadikan ia minuman yang menyihatkan di samping melancarkan sistem metabolisma tubuh.

Madu dalam salad

       Kebanyakkan salad mengandungi minyak atau mayones. Anda boleh menggantinya dengan menggunakan madu. Madu bukan sahaja boleh menyihatkan tetapi juga enak untuk dinikmati.

Susu madu

       Jika anda penggemar susu, campurkan susu dengan sedikit madu. Rasanya akan lebih nikmat dan lembut sehingga membuatkan diet anda tidak sukar dek kerana makan makanan yang terasa hambar.

Yogurt madu

       Yogurt mampu melancarkan sistem pencernaan. Untuk mengekalkan kesihatan dan sistem pencernaan, pilihlah yogurt tanpa gula dan rwndah lemak. Untuk menambah keenakkan, tambahkan madu yang boleh menjadi pemanis dan antibiotik semulajadi.

Madu dan halia

       Menggandingkan madu dan halia boleh membuat pencernaan lebih sihat. Selain itu, kedua bahan ini merupakan antibakteria dan penghalang virus semula jadi yang akan membuat anda berasa lebih sihat.

Madu sebagai topping

       Pilih madu sebagai topping atau sos penkek, puding, pisang dan pelbagai hidangan pemanis mulut anda. Selain menggantikan gula yang biasa dijadikan sebagai bahan pemanis madu lebih enak dan antara bahan makanan yang boleh membantu diet anda.

No comments:

Post a Comment