Sunday 7 September 2014

Tips Mengatasi Ketiak Hitam

Bau yang kurang enak boleh diatasi dengan menggunakan produk pewangi ketiak seperti deodoran. Tetapi sesetengah produk ini boleh menyebabkan ketiak menjadi gelap atau hitam. Bagi wanita, ini amat lah memalukan kerana ia boleh menyebabkan seseorang wanita itu berasa rendah diri apabila memakai pakaian tanpa lengan.

Ketiak hitam amat memalukan bagi kaum wanita


Tapi anda tak perlu risau sebab hari ni saya nak share tips untuk mengatasi ketiak hitam tanpa perlu berbelanja besar..



Gunakan Lemon

Siapkan lemon, perah dan kemudian ambil patinya. Campurkan pati lemon tersebut dengan parutan timun sehingga sebati. Tambahkan sediit parutan kunyit ke dalamnya dan kacau. Setelah itu, sapukan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang 20 minit dan bilas dengan air suam.



Kapur Sirih

Setiap kali selesai mandi, biasakan menggosok ketiak dengan sedikit air kapur sireh dan limau kasturi. Lakukan secara rutin. Apabila berasa gatal dan kulit bertukar kemerahan, hentikan pemakaian. Penggunaan kapur sireh boleh melambatkan tumbuhnnya bulu-bulu hakus pada kulit.



Lakukan Scrub

Gosok ketiak debgan lulur yang mengandungi buah dan pemutih kulit supaya hasil lebih maksima.

Jika anda rajin mengamalkan petua seperti di atas, ketiak anda akan menjadi lebih cerah dan wangi tanpa perlu memakai deodoran..

Selamat mencuba T__________T

1 comment:

  1. tq sis utk tips diatas!!

    jemput singgah blog saya..

    http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/09/testimoni-mealshake-collagen-powder.html?m=1

    ReplyDelete