Monday 25 August 2014

Masker Termurah dan Berkesan

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya nak share berkenaan tips kecantikan yang amat berkesan bagi saya kerana antara banyak-banyak masker yang saya pernah guna masker daripada putih telur ni lah yang TERBAIKKK dan yang penting sekali kos nya amat MURAHHH... Antara masker yang saya pernah cuba antarannya: 


Amat sakit apabila dicabut sampai menagis-nagis. Keberkesanannya 50%.


Bau lemon yang amat kuat. Bagi yang tidak tahan baunya tidak disarankan. Keberkesanannya 50%.


Untuk kawasan hidung sahaja. Apabila dicabut terasa gatal-gatal. Keberkesanannya 40%.
.
.
.
.
Dan masker daripada putih telur 

Keberkesanannya 98%.

Beberapa kebaikan mask putih telur untuk kecantikan dan penjagaan kulit wajah adalah menghilangkan bintik hitam kerana terbakar matahari, wajah terasa lebih kencang dan halus, mengatasi kulit kering dan berminyak, mengatasi kesan hitam bekas jerawat, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang pori, dan mencerahkan wajah.

Selain itu kandungan protein yang terdapat dalam putih telur mempunyai khasiat yang membantu melembabkan kulit dan mempercepatkan proses regenerasi kulit wajah. Sehingga dapat menghasilkan kulit wajah yang cerah, bersinar, cantik, dan tampak awet muda.

Cara-carannya:

1. Pecahkan telur dan asingkan putih dan kuningnya. Ambil putih telur sahaja. Selebihnya jangan buang pulak, boleh lah korang buat scremble egg ke.



2. Kacau putih telur menggunakan garfu sehingga berbuih.

3. Ambil tisu yang digunting kecil (ikot suka korang lah nak gunting besar mana). Celupkan tisu ke dalam putih telur.

4. Tampal tisu yang telah dicelup putih telur ke muka. Tunggu sehingga kering.

5. Bila kering tarik masker perlahan-lahan dari bawah ke atas dan lihatlah segala blackhead, whitehead tercabut. Bilas dengan air sehingga bersih.


Lakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Jika rajin diamalkan kulit akan bersih dari blackheads, whiteheads dan kulit akan menjadi lembut selembut kulit baby..

Pelakon yang cantik jelita anzalna nasir pun mengamalkan masker putih telur tau. Korang cuba baca kat sini 


Jelesnnya tengok kulitnya..huhu

SELAMAT MENCUBA (^_^)

No comments:

Post a Comment