Sunday 21 September 2014

Masker Yogurt Untuk Wajah

Sambil duduk menikmati keenakkan yogurt ni, terlintas di fikiran nak share kepada korang tentang kebaikan yogurt ni jika dibuat masker untuk wajah. Bukan sahaja yogurt sedap dimakan, malah ia juga dapat memberikan khasiat kepada kulit anda..


Selain melancarkan proses penghadaman, yogurt juga boleh dijadikan bahan penjagaan kulit yang dapat kita gunakan setiap hari. Ini kerana kandungan asid semula jadi dalam yogurt yang berkesan untuk mengurangkan minyak yang menyumbat liang-liang halus pada kulit. Yogurt juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita untuk melawan bakteria.

Antara kebaikan yogurt untuk kulit ialah:

  • Menyegarkan Wajah
Asid laktik yang terdapat di dalam yogurt dapat membantu melicinkan wajah dan membantu dalam pengelupasan kulit. Pengelupasan membolehkan sel kulit baru tumbuh dan menjadikan wajahmu lebih segar selain membuang sel kulit mati dan juga bintik-bintik hitam di wajahmu.

  • Melawan Jerawat
Yogurt mengandungi agen anti bakteria dan kulat semulajadi yang dapat membantu untuk melawan pertumbuhan jerawat di wajahmu.

  • Melambatkan penuaan
Penjagaan wajah perlu dimulakan seawal usia remaja lagi. Amalkan menggunakan yogurt sebagai masker untuk melambatkan pertumbuhan garis-garis halus di wajahmu. Asid Laktik yang terdapat di dalam yogurt membantu untuk menyingkirkan kulit mati dan mengecilkan pori-pori wajah.




Nak lagi kesan yang maksimum boleh juga ditambah dengan ESP Shaklee yang hot ni.. Caranya mudah sahaja, tambahkan dua sudu yogurt bersama satu sudu ESP.. Kemudian...taraaa...


Credit picture from miss lyn yang comel.:-) 

Jika diamalkan selalu, kulit wajah anda bukan sahaja semakin cerah, malah kulit akan menjadi lembut, halus, gebu, muka kurang berminyak jerawat kecut dan parut jerawat pudar!! Memang banyak manfaat masker ESP plus yogurt ni.. Anda patut cuba tau!!

Mahukan lebih banyak cara membuat masker semulajadi???
Sila klik di link di bawah...

MASKER TERRMURAH DAN BERKESAN
MASKER VITAMIN E SHAKLEE

1 comment:

  1. mahalnya esp,, nanti nak keje memg nk try esp ni,, hee

    ReplyDelete