Wednesday 10 September 2014

Makanan Yang Wajib Diambil Setiap Hari

Makan merupakan perkara yang penting untuk memeruskan hidup. Namun persoalannya di sini, adakah makanan yang kita makan setiap hari itu benar-benar sihat?? Belum tentu.... Jika kamu inginkan kepastian, jom kita intip jenis-jenis makanan yang memberikan manfaat banyak buat tubuh kamu.

 1. Yogurt


Kenapa perlu minum yogurt?? Sebabnya yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang tumbuh subur dalam yogurt. Ia berfungsi untuk mengusir bakteria jahat di permukaan usus, meningkatkan daya tahan tubuh daripada serangan kanser. Namun tidak kesemua yogurt mengandungi bakteria baik. Jadi sebelum membeli, pastikan labelnya tertulis 'mengandungi kaltur yang hidup dan aktif' agar manfaatnya dapat dinikmati tubuh.

2. Tomato


Warnanya yang merah menggoda mengandungi banyak likopen yang kaya antioksidan. Bahkan penyelidikan menunjukkan bahawa, makanan yang kaya likopen dapat menurunkan risiko penyakit paru-paru, kanser prostat, kanser kulit serta kanser usus dan pengumpulan plak di pembuluh darah.

3. Lobak merah

Sebahagian besar buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning, merah atau oren kaya dengan karoteneiod yang berkemampuan untuk mengurangkan risiko penyakit kanser dan rheumatoid artritis.

4. Blueberi

Kenapa harus makan blueberi? Ini kerana buah ini kaya dengan antioksidan. Ia juga dipercayai dapt mencegah kanser, diabetes dan meningkatkan daya ingatan. Penyelidikan menunjulkan bahawa blueberi kaya dengan serat, vitamin A &C.

5. Soya hitam

 Soya hitam mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri iaitu meningkatkan daya ingatan dan fikiran. Kenapa? Kacang soya kaya dengan antosianin iaitu sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat memperbaiki fungsi otak. Setengah cawan soya hitam mengandungi 8 gram protein dan 7.5 gram serat dan rendah kalori.

6. Gandum



Selain kaya dengan khasiat, gandum juaga memgandungi serat tinggi yang larut air, di mana ia berfungsi untuk menurunkan risiko serangan jantung. Selain itu, gandum juga kaya dengan karbohidrat.

7. Bayam
Bayam kaya denagn asid lemak Omega 3 dan Folat yang membantu menurunkan risiko penyakit jantung, strok dan osteoporosis. Walaupun ia sekadar sayuran berwarna hijau, tapi ia amat berkhasiat untuk meningkatkan keperkasaan lelaki. Bonusnya, Folat juga dapat meningkatkan aliran darah ke penis.

1 comment:

  1. teima kasih atas info...
    jemput berblog walking ke link sy..
    http://bit.ly/YwGoY4

    ReplyDelete