Monday 6 October 2014

Rambut Putih Atau Beruban??

       Secara umumnya, rambut beruban disebabkan oleh dua faktor iaitu faktor instrik dan faktor ekstrinsik. Faktor-faktor instrik yang boleh menyebabkan uban antaranya ialah gangguan hormon, enzim, genetik dan pengaruh usia.

       Manakala pengaruh ekstrinsik ialah seperti toksin (racun) akibat penggunaan pelbagai produk berwarna rambut atau syampu, perubahan iklim, tahan pencemaran udara yang tinggi atau rambut tercemar dengan bahan kimia yang merosakkan folikel rambut.




       Sesiapa sahaja boleh mendapat rambut beruban tidak kira usia. Sesetengah orang mendapat uban pada usia muda, seawal berada di sekolah atau kolej manakala sesetengah individu pula mendapat uban pada usia 30 hingga 40-an.

       Seawal mana seseorang individu itu mendapat uban ia bergantung pada gen. Ini bermakna kebanyakkan kita mendapat uban pada usia yang sama dengan ibu bapa atau datuk dan nenek kita.

       Rambut beruban akan lebih kelihatan pada individu yang berambut gelap berbanding dengan individu yang berambut cerah. Dari saat pertama seseorang itu mendapat beberapa helai uban, ia akan mengambil masa lebih dari 10 tahun untuk keseluruhan rambut untuk menjadi uban sepenuhnya.

PUNCA UBAN

Hydrogen peroxide
       Apabila kita meningkat usia, jumlah hydrogen peroxide di dalam rambut akan meningkat. Apabila ia meningkat ia akan melunturkan warna rambut seseorang itu dan menyebabkan ia menjadi putih.

       Kenapa hydrogen peroxide meningkat dan menyebabkan rambut putih? Apa yang terjadi ialah enzim di dalam badan yang dipanggil catalase biasanya akan memguraikan hydrogen peroxide. Tetapi apabila seseorang itu meningkat usia, badan akan kurang menghasilkan catalase dan menyebabkan terjadinya lebihan hyrogen peroxide.

Nikoten dan diet
       Merokok boleh menyebabkan rambut beruban. Nikotin dalam rokok yang diserap dalam darah akan menghalang nutrisi yang diperlukan tubuh hingga menggangu kelancaran peredaran darah yang mengekang pertumbuhan rambut secara sihat.

Merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah boleh menjadi punca rambut beruban.

       Diet yang tidak seimbang juga menyumbang kepada masalah rambut dan beruban. Pengambilan makanan dan mineral yang mencukupi penting untuk pertumbuhan rambut.

Penggunaan pewarna rambut
       Menggunakan produk pewarna rambut yang berlebihan juga boleh menyebabkan rambut beruban. Ini kerana bahan-bahan yang terdapat dalam produk pewarana rambut bukan sahaja melekat pada batang rambut tetapi juga meresap di dalam liang-liang kulit kepala dan menjejaskan kesihatan kulit kepala.

Penggunaan syampu
       Penggunaan syampu yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan rambut beruban kerana tidak semua syampu sesuai dengan rambut seseorang individu itu.

RAWATAN RAMBUT BERUBAN
       
       Meningkatkan aktiviti enzim yang menguraikan hydrogen peroxide sambil merangsang pengeluaran melanin dapat membantu rambut daripada menjadi putih dan beruban. Ambil lebih banyak makanan yang mengandungi vitamin B6 dan asid folik.








No comments:

Post a Comment