Sunday 26 October 2014

Dahulukan Sarapan Atau Olahraga???

      Sering kali kita ragu-ragu untuk membuat keputusan samada sarapan dahulu atau olahraga. Ada yang berpendapat lebih baik berolahraga dahulu supaya tidak terganggu akibat perut yang penuh ketika berolahraga. Namun ada juga yang mengatakan bersarapan terlebih dahulu agar bertenaga untuk memulakan aktiviti, sekaligus dapat membakar kalori makanan yang dimakan.



       Apakah turutan yang betul, olahraga atau sarapan dahulu? Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Glasgow, United Kingdom, olahraga sebelum sarapan sebenarnya berupaya membantu seseorang yang sedang dalam usaha menurunkan berat badan.

       Para penyelidik mengatakan bahawa berolahraga sebelum bersarapan bukan sahaja dapat membantu tubuh lebih cepat membakar kalori namun aktiviti tersebut juga boleh menurunkan risiko pengumpulan lemak di pembuluh darah.

       Dr. Jason Gill, salah seorang daripada kumpulan penyelidik tersebut mengatakan bahawa olahraga sememangnyabagus. Tetapi adalah lebih bagus sekiranya ia dilakukan sebelum bersarapan. Ini kerana tubuh akan bergantung kepada penghasilan tenaga dari lemak yang tersimpan di dalam tubuh dari malam sebelumnya.

       Seramai 10 orang responden lelaki telah dipilih menyertai kajian tersebut bagi menguji keberkesanan olahraga yang dilakukan sebelum bersarapan. Dalam kajian tersebut, kesemua responden diminta untuk menikmati sarapan pada hari pertama kajian tanpa melakukan olahraga.

       Hari kedua pula, responden diminta untuk berolahraga terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan bersarapan. Hari ketiga pula, responden diminta bersarapan terlebih dahulu diikuti dengan aktiviti olahraga.

       Hasil kajian tersebut mendapati bahawa secara umumnya diketahui para responden lebih banyak membakar kalori pada hari kedua, sehingga 33 peratus berbanding pada hari ketiga. Cara ini boleh dijadikan sebagai langkah penyelesaian masalah berlebihan berat badan. Tapi ia perlu dilakukan secara konsistan agar dapat menurunkan berat badan semaksimum mungkin.

1 comment:

  1. Terima kasih atas informasinya. Sebelum ini saya terbalik..makan dulu baru olahraga...sekarang dah tau . .kena olahraga dulu baru makan...

    ReplyDelete