Tuesday 14 October 2014

Aneka Petua Dapur

Salam ceria semua..T____T

Entry kali ni nak menyimpang sikit daripada cerita pasal kesihatan, yela asyik-asyik cerita pasal kesihatan je takut orang bosan pulak.hehe.. Entry kali ni saya nak share berkenaan petua dapur. Opsss, jangan tertipu ye, saya bukan jenis yang rajin duduk di dapur ataupun memasak. Petua ni saya dapat dari satu majalah dan saya rasa bagus juga kalau saya  abadikan di dalam blog ni untuk tatapan umum.T___T

Petua 1: Bawang goreng rangup


Kupas bawang merah dan bawang putih, cuci bersih lalu toskan. Mayang sehingga nipis. Taburkan tepung gandum dan gaul sekata. Panaskan minyak dan goreng sehingga bawang bertukar warna perang keemasan. Angkat dan letakkan di atas tisu dapur. Setelah sejuk, simpan bawang goreng dalam bekas yang kedap udara.

Petua 2: Petua bersihkan ikan patin

Bersihkan ikan patin dan potong mengikut saiz yang diingini. Bagi memghilangkan lendir dan hanyir ikan patin, lumurkan dengan tepung gandum, lagi elok menggunakan air asam jawa atau air asam limau. Boleh juga rendam ikan patin dengan cuka kurma sekitar 5 minit sebelum di tos. Jangan memasak ikan patin terlalu lama kerana isinya lembut.

Petua 3: Cara dapatkan santan pekat

Petua mendapatkan santan pekat adalah dengan memerah santan dengan tangan. Campurkan kelapa dengan sedikit air dan ramas beberapa kali. Perahan pertama menghasilkan santan yang pekat. Perahan berikutnya adalah untuk mendapatkan santan cair dengan menambahkan air beberapa kali.

Petua 4: Santan tahan lebih lama

Sayang sekirannya anda membuang santan yang berlebihan. Jika mahukan santan tahan lebih lama, campurkan santan dengan sedikit garam dan simpan di dalam bekas tertutup. Masukkan di dalam peti beku.

Petua 5: Kerisik wangi dan berminyak

Goreng kelapa parut dengan minyak sehingga berwarna perang. Sentiasa kacau agar tidak hangus. Ketika masih panas tumbuk atau kisar kering kelapa hingga keluar minyak.

Petua 6: Tip mengukus

Ketika mengukus kuih, biarkan air yang mengcukupi menggelegak sebelum memasukkan kuih. Bagi kuih seperti kuih talam, penutup kukus perlu dibuka dua tiga kali dan lap bahagian dalam supaya air tidak menitik. Boleh juga gunakan kain muslin atau tuala untuk menutup pengukus. Pastikan kain berada antara loyang dengan penutup pengukus.

No comments:

Post a Comment