Monday 27 October 2014

Makanan Sesuai Selepas Olahraga

Salam ceria semua... T____T

Semalam saya dah menyentuh tentang DAHULUKAN SARAPAN ATAU OLAHRAGA dan saya harap dengan info tersebut anda dapat membuat pilihan yang bijak iaitu samada dahulukan sarapan dahulu atau olahraga. Dan kali ni pula saya nak share tentang makanan yang sesuai selepas olahraga.

Kadang-kadang kita melihat ramai yang singgah di kedai makan untuk bersarapan setelah berolahraga dengan makanan yang tidak sesuai seperti roti canai, nasi lemak, dan sebagainya. Bukan hanya pilihan makanan yang tidak sesuai, tapi ada pula yang mengurut kaki dan pinggang.



Disarankan agar anda memilih makanan yang sihat bagi memaksimumkan manfaat olahraga yang telah dilakukan. Seterusnya pilih makanan yang sesuai bagi mengelakkan rasa tidak selesa ketika berolahraga. Kesalahan ketika memgolah tubuh ketika betolahraga, seperti kekejangan, lenguh badan dan sebagainya menjadi faktor negatif kepada anda untuk terus aktif berolahraga.

Sebelum anda mengamalkan pengambilan ubat-ubatan, apa kata anda cuba dahulu amalkan beberapa jenis makanan berikut sebagai langkah pemulihan setelah berolahraga. Ikuti panduan ini:


# Halia merupakan salah satu jenis tanaman yang mempunyai banyak khasiat. Ia bukan sahaja dapat menghilangkan angin yang masuk ke dalam tubuh tetapi juga berkhasiat untuk mengurangi rasa kaku dan lejang pada otot, setelah berlari. Zat seperti gingerol, shogaol dan zingerone dapat membantu menyembuh rasa sakit pada tubuh.

# Selain enak dicampurkan di dalam sos pasta, jus tomato juga berperanan di dalam penyembuhan kecederaan yang disebebkan oleh aktiviti berbasikal. Biasanya ia mudah berlaku apabila berbasikal terlalu lama. Kandungan likopen yang terdapat di dalamnya boleh menyembuhkan jaringan kecederaan agar sembuh lebih cepat. Ambil auns tomato selama seminggu bagi penyembuhan.

# Protein yang terkandung di dalam yogurt mempercepatkan pemulihan otot setelah berolahraga. Penyelidikan mendapati bahawa orang yang mengambil protein lebih cepat pulih dari keceseraan otot berbanding orang yang hanya mengambil placebo. Bagi orang yang menggemari sayuran hijau, mengambil 3 auns sayuran hijau yang mengandungi nutrisi seperti beta karoten dan viamin E sebelum berolahraga selama 8 minggu berturut-turut juga boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan otot akibat berolahraga.

# Jus ceri yang kaya dengan kandungan polyphenol, iaitu flavanoid dan anthyocyanins diketahui mampu mengurangi radang. Ketika atlet mengambil jus ceri secara teratur selama 7 hari sebelum dan dua hari selepas berolahraga, otot mereka didapati pulih dengan cepat.

1 comment:

  1. Meal Shakes Shaklee juga sangat sesuai utk lepas olahgara utk protein dan kalori
    manakala performance drink utk hidrasi

    ReplyDelete