Wednesday 22 October 2014

Rambut Cantik Dengan Rawatan Creambath

Merawat keindahan rambut tidak semestinya memerukan kos yang besar. Antara salah satu yang lazimnya diakukan dalam memelihara kesihatan rambut ialah 'creambath'. Lakukannya di rumah dan pastinya ianya menjimatkan.


Creambath merupakan rawatan rambut yang harus dilakukan kerana ianya memberikan nutrisi kepada rambut, menjaga kesihatan rambut dan mencegah kerosakan. Bagaimanapun kesibukan rutin harian membuatkan anda tidak berkesempatan mengunjungi salun untuk melakukan rawatan. Sebagai alternatif, lakukan creambath di rumah sahaja. Ikuti panduan berikut untuk mendapatkan keindahan rambut dengan cara yang mudah.


1. Pilih creambath yang sesuai dengan keperluan rambut anda. Pelbagai jenis krim rambut ditawarkan di pasaran bagi tujuan tersebut.

2. Cuci rambut dengan syampu yang sesuai dwngan jenis rambut. Lakukan sebanyak dua kali untuk menghilangkan kekotoran. Elakkan mencuci dengan kasar kerana ia boleh merosakkan rambut. Gunting bahagian hujung rambut yang bercabang.

3. Rapikan rambut dan bahagikan kepada empat bahagian. Sapukan krim dari pangkal ke hujung rambut secara perlahan. Setelah siap, lakukan urutan ringan pada seluruh bahagian kepala. Ini membantu melancarkan peredaran darah di kepala.

4. Untuk menggantikan peranan 'steamer' yang sering digunakan di salun, gunakan tuala yang terlebih dahulu direndam dengan air panas. Bungkus rambut dengan tuala selama 30 minit.

5. Kemudian bilas rambut dengan dengan air dan cuci rambut menggunakan syampu untuk menghilangkan krim dengan sempurna.

1 comment:

  1. seronoknya kalau ada orang yang boleh tolong buatkan...manjakan diri sekali sekala :)

    ReplyDelete