Sunday 19 October 2014

Kenali warna Najis Bayi Anda

Dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan, bayi akan membuang kotoran pertama berwarna hitam kehijauan atau lebih dikenali sebaga mekonium. Ia adalah cecair ketuban yang tertelan bayi ketika masih di dalam kandungan.


Mekonium berada di usus bayi semenjak tiga bulan sebelum dilahirkan. Sebenarnya kotoran ini akan keluar dengan cepat dari perut bayi setelah disusukan. Ini kerana susu ibu yang pertama kali keluar selepas melahirkan akan merangsang sistem pencernaan bayi. Setelah itu, najis bayi akan berubah secara bertahap.

Fakta


  • Beberapa hari selepas lahir, najis bayi berwarna hijau atau kuning. Ia adalah peralihan antara kotoran pertama dengan najis setelah meminum susu ibu.
  • Jika bayi minum susu ibu secara teratur,kotoran bewarna kuning cerah, baunya agak masam dan bentuknya seperti butiran beras. Pada minggu-minggu pertama, bayi sering membuang air besar setelah kenyang memyusu. Susu ibu lebih mudah dicerna sehingga mudah dikeluarkan.
  • Bayi yang diberi susu ibu akan membuang maksimum 10 kali sehari. Jangan keliru dengan menanggapnya cirit-birit.
  • Najis bayi yang minum susu formula berwarna kuning pucat atau kuning kecoklatan. Baunya lebih tajam. Bentuknya lebih padat berbanding bayi yang diberi susu ibu.


Setelah mula diberi makanan, warna najis bayi akan berwarna coklat.

Mengapa najis berbeza??

1. Cirit- birit: Rupa najis lebih hijau dan cair

Risiko bayi yang diberi susu ibu lebih rendah. Ini kerana susu ibu membantu mencegah pertumbuhan mikroorganisma. Jika terjadi cirit-birit mungkin kerana susu dimasukkan ke dalam botol yang kurang distril.

Bayi yang diberi susu formula mudah memdapat cirit-birit. Antaranya kerana alergi dengan kandungan susu lembu.

2. Sembelit: Keadaan najis agak hitam, keras dan bentuknya bulat-bulat

Sering terjadi kapada bayi yang diberi susu formula.

Bayi yang sudah mula makan, najisnya berwarna gelap disebabkan oleh zat besi yang berfungsi sebagai vitamin atau supplemen yang ditambahkan pada makanannya.

3. Akibat virus atau gigi tumbuh : Warna najis agak hijau dan berlendir

Ini berlaku kerana gangguan penyerapan makanan di usus.

Faktor lain disebabkan gigi anak sedang tumbuh. Bayi akan menelan banyak air liur sehingga usus mengalami gangguan.

No comments:

Post a Comment