Thursday 2 October 2014

Wanita Bosan Cenderung Untuk Gemuk


Pernahkah anda merasa bosan melihat makanan? Jika anda perhatikan sebaik-baiknya, pasti anda terkejut dengan cara pemakanan anda. Anda cenderung makan lebih banyak daripada biasa ketika anda bosan.

Bayangkan berapa banyak kalori yang anda ambik dalam sehari ketika anda bosan. Itu pun jika anda bosan padabsatu hari. Bagaimana pula jika anda bosan dua atau tiga hari, atau lebih teruk selama seminggu. Tentunya semakin banyak penambahan berat badan anda.

Dalam pada itu daripada kajian yang melibatkan lima ribu orang dewasa, didapati bahawa satu perempat makanan yang diambil setiap hari ketika bosan termyata bukan disebabkan oleh rasa lapar.

Biasanya, ketika bosan, wanita cenderung mengambil kalori berlebihan sebanyak 520 dan lelaki pula sebanyak 650 kalori. Walaupun lelaki lebih banyak mengambil kalori, para pengkaji mengatakan wanita cenderung lebih berisiko mengambil hal ini berbanding lelaki, terutamanya ketika berasa kesal atau sedih.

Menurut pengkaji mengawal apa yang anda makan memang sukar. Jadi lebih baik terlebih dahulu anda mengetahui apakah keinginan untuk makan itu disebabkan oleh rasa lapar atau disebabkan oleh rasa bosan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment