Wednesday 8 October 2014

Diet Pesakit Diabetes

       Pesakit diabetes perlu mengetahui bahawa khasiat di dalam makanan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. Jesteru memakan makanan yang mengandungi gula tanpa disedari boleh menaikkan kadar gula dan ini membahayakan kesihatan pesaakit diabetes.

Antara makanan yang mengandungi kandungan gula secara tersembunyi ialah nasi, roti canai, roti, putu mayam, biskut, pasta, jus buah, buah-buahan, kentang dan jagung. Jesteru pesakit diabetes perlu lebih peka terhadap pengambilan makanan kerana ada gula yang tersembunyi di dalamnya.

KENAL PASTI JENIS MAKANAN


       Sebelum makan, beri perhatian kepada jenis makanan yang anda ambil. Misalnya, makanan daripada kelompok karbohidrat yang cepat menghasilkan gula. Ada karbohidrat yang cepat menghasilkan gula dan ada juga yang lambat. Jadi anda perlu tahu akan kedua-duanya.

       Orang ramai terutamanya golongan yang mempunyai masalah diabetes dinasihatkan supaya mengambil makanan yang lambat menghasilkan gula. Nasi ialah contoh karbohidrat yang paling mudah dikenalpasti. Perbezaan karbohidrat dalam nasi boleh dilihat melalui nasi daripada beras biasa dan beras basmathi ataupun beras perang.

       Menurut Bee See Wei dalam kertas kerjanya yang bertajuk The Art Of A Sweet Life, individu perlu bijak memilih makanannya. Gantikan dengan roti putih dengan roti bijian penuh, biskut digantikan dengan biskut oat dan kentang goreng digantikan dengan jagung.

TANDA-TANDA PENYAKIT DIABETES
  • Sentiasa dahaga
  • Kerap buang air kecil terutamanya pada waktu malam
  • Selera makan meningkat
  • Hilang berat badan
  • Cepat letih
  • Luka lambt sembuh
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Pedih d tapak kaki
  • Hujung jari bagai ditusuk tajam
LANGKAH KAWAL DIABETES

Pemakanan
       Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori terkawal. Bincanglah dengan doktor dan pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.

Senaman
       Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru. Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.

Penjagaan Berat Badan
       Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit yang boleh menghentikan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan Diri Sendiri
       Pesakit kencing manis dinasihatkan agar membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.

Makan Makanan Tambahan
       Pesakit juga digalakkan untuk mengambil supplement atau makanan tambahan supaya badan bertambah sihat dan dapat mengelakkan daripada penyakit menjadi lebih teruk.

Set Diabetes yang terdiri daripada Alfafa, Gla dan Zink seperti di atas amat disyorkan untuk pesakit diabetes atau untuk langkah pencegahan daripada penyakit tersebut

Anda mungkin juga meminati artikal ini:

CEGAH DIABETES DENGAN GANDUM
CARA MENGAWAL DIABETES



No comments:

Post a Comment