Friday 3 October 2014

5 Tanda Produk Kosmetik Rosak


Adakah anda mempunyai alat mekap yang sudah tidak digunakan bertahun-tahun? Anda patut berhati-hati jika ingin menggunakan alat mekap atau apa jua produk kosmetik yang lama kerana dikhuatiri produk tersebut telah rosak.


Produk kosmetik mempunyai jangka hayat iaitu satu hingga dua tahun. Namun terdapat produk yang rosak akibat persekitaran dan penyimpanan yang tidak betul.

Bagaimanapun untuk megetahui samada produk kosmetik anda masih berkeadaan baik atau sebaliknya? Teliti jika ada tanda-tanda berikut pada kosmetik anda, bimbang ia menyebabkan alahan pada kulit.

1. Berbau Tidak Enak

        Kebayakkan produk menggunakan pewangi. Jika produk anda seakan hilang bau, ia tanda awal produk tersebut menghampiri tarikh luput. Jika terdapat bau yang kurang enak seperti masam, jangan berfikir dua kali. Buang sahaja produk tersebut kerana ia sudah rosak. Walaupun belum tarikh luput, anda perlu membuang produk yang berbau. Produk tersebut rosak akibat pendedahan berterusan atau cara penyimpanan yang salah.

2. Tekstur Berubah

       Jika tesksturnya berubah menjadi lebih pekat atau cair, gantikan dengan produk yang baru. Perubahan tekstur merupakan tanda emulsion instability iaitu situasi di mana minyak dan air yang seharusnya bersatu menjadi terpisah.

3. Perubahan Warna

       Tidak dinafikan terdapat produk yang sensitif dengan pendedahan cahaya terutama dalam pembungkusan lut sinar. Jika terdapat sedikit perubahan warna, ia adalah wajar. Bagaimanapun, jika perubahan warna terlalu ketara, lebih baik anda lupuskan sahaja. Perubahan sebegini menandakan ia telah rosak.

4. Berkulat

Teliti barangan kosmetik anda andai ada kulapuk atau kulat di bahagian atas, sisi mahupun bawah. Produk kosmetik tidak boleh dicuci dengan air kerana ia akan merosakkan bahan pengawet. Akibatnya, bakteria akan menyerang dan merosakkan produk tersebut.

5. Berlapis

       Jika terdapat lapisan seperti kek, berhati-hatilah. Lapisan ini menandakan produk tersebut telah rosak dan kebaikan yang terkandung pada produk tersebut tiada manfaatnya lagi. Malah ia boleh memudaratkan kulit anda.

No comments:

Post a Comment