Monday 6 October 2014

Tanda-Tanda Bayi Sudah Turun


       Bila masuk minggu terakhir kelahiran pasti anda tertanya-tanya bila saatnya kepala bayi akan turun ke rongga pelvis untuk memudahkan anda bersedia berhadapan dengan kelahiran. Namun harus diingat setiap kelahiran berbeza, begitu juga bayi yang akan turun pada masa yang berbeza menjelang penghujung kehamilan.

       Tidak semestinya juga jika kepala bayi anda turun awal bermakna anda akan bersalin awal. Apa yang pasti apabila tiba masanya, bayi akan bergerak ke bawah kerana bahagian bawah uterus (rahim) akan mengembang. Kepala bayi atau punggungnya sekirannya dia dalam keadaan songsang akan berada rendah dalam rongga pelvis anda.

BAYI TURUN APABILA:


1. Anda tiba-tiba merasa ringan dan boleh bernafas dengan mudah. Tekanan bayi ke atas pundi kencing membuatkan anda perlu kerap ke tandas. Keadaan ini dipanggil 'lightening'.

2. Bayi pertama biasanya akan turun dari kira-kira minggu ke-36. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi hanya turun apabila proses kelahiran bermula.

Berikut adalah beberapa perkara yang memainkan peranan dalam menentukan bila bayi turun:

1. Bayi berada dalam posisi postertior, iaitu membelakangi belakang anda. Dalam posisi ini, sukar bagi bayi turun dan proses kelahiran juga boleh menjadi sukar.

2. Bayi mempunyai banyak ruang untuk bergerak. Ini boleh berlaku jika terdapat banyak cecair amnioin atau ibu pernah mempunyai bayi sebelum ini. Bayi mungkin berbaring merentasi perut (melintang) atau pada sudut (serong). Dalam posisi-posisi ini, dia kemungkinan besar tidak turun sebelum proses kelahiran bermula.

3. Bentuk pelvis, posisi plasenta, atau kehadiran ketumbuhan tidak berbahaya (fibroid). Kesemua ini boleh memberikan kesan. Ingin mengetahui punca, tanda-tanda dan rawatan untuk Cyst dan Fibroid??

4. Bayi besar. Dalam kes ini, kemungkinan bayi tidak turun sehingga kontraksi bermula.

5. Hamil bayi kembar dua atau lebih.

       Bagi membantu mengetahui samada bayi sudah turun atau pun belum, bertanyalah pada doktor. Dengan menekan keliling bahagian bawah perut  anda perlahan-lahan, doktor boleh merasa berapa jauh bayi telah turun ke dalam rongga pelvis.

Anda mungkin berminat dengan entri ini:

AMALAN MEMBEDUNG BAYI- KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
TIP LANGSING SELEPAS BERSALIN- PART 1
TIP LANGSING SELEPAS BERSALIN- PART 2

No comments:

Post a Comment