Sunday 12 October 2014

Peningkatan Berat Badan Bagi Wanita Hamil

       Adalah normal bagi wanita yang hamil mengalami peningkatan berat badan sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Namun sebaiknya sebelum hamil anda disarankan untuk menurunkan berat badan supaya BMI kurang daripada 25. Tetapi jika sudah hamil dan disahkan oleh doktor sebagai obesiti, anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengawal berat badan anda.



PARAS KENAIKAN BERAT BADAN
  • Kenaikan berat badan sebanyak 1/2kg seminggu ketika hamil adalah normal.
  • Wanita kurus boleh mengalami kenaikan sebanyak 20kg sepanjang kehamilannya.
  • Wanita obes pula selalunya tidak mengalami kenaikan berat badan yang banyak, mungkin 5kg sahaja sepanjang kehamilannya.
       Untuk mengelakkan berat badan naik dengan mendadak, anda disarankan untuk mengambil makanan berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makanan berkalori tinggi.

Antara makanan berserat tinggi dan dan berkalori rendah adalah:
  • Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbohidrat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minimum.
  • Buah-buahan tetapi buah-buahan manis seperti anggur, durian dan rambutan hendaklah dimakan sedikit kerana mengandungi 'gula' yang boleh menambahkan berat badan.
  • Karbohidat kompleks seperti beras perang, bijirin dan roti penuh.
  • Protein tanpa lemak seperti ayam tanpa kulit dan ikan.
  • Air kosong.
Faktor penambahan berat badan mendadak:
  • Mengidam.
  • Memgamalkan tabiat makan untuk dua orang padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kg sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari.
  • Sering makan makanan dan minuman yang manis.
       Berjumpalah pakar pemeriksaan di hospital berhampiran untuk pemeriksaan kencing manis terutama jika berat badan anda masih meningkat secara berlebihan.

1 comment: