Friday 10 October 2014

Cara Mengawal Diabetes

       


      Pemilihan makanan sangat penting untuk mengelakkan seseorang mendapat penyakit diabetes ataupun memgawal penyakit yang telah dihidapi. Ini kerana kandungan gula dalam darah berpunca daripada pemakanan. Lebih tinggi kandungan gula dalam makanan, maka semakin berisikolah seaeorang itu mendapat penyakit diabetes.

PEMAKANAN


       Pemakanan berkarbohidrat dan gula seharusnya dikurangkan supaya pengambilan kadar kalori terkawal. Bincanglah dengan doktor dan pakar pemakanan untuk cara diet yang terkawal.


SENAMAN


       Senaman penting untuk membantu mengurangkan berat badan dan juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru. Senaman perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor.


PENJAGAAN BERAT BADAN

       Pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan akan mendapati tahap gula dalam badan sukar dikawal. Terdapat pesakit kencing manis yang dapat menghentikan pengambilan ubat kencing manis apabila berat badan dapat dikawal.


PEMERIKSAAN DIRI SENDIRI


       Pesakit kencing manis digalakkan membuat pemeriksaan sendiri terutamanya pada jari dan kaki yang kebas untuk tanda luka atau jangkitan kerana deria rasa sakit berkurangan. Ini membolehkan rawatan awal agar jangkitan tidak merebak.


Anda mungkin meminati:

Cegah Diabetes Dengan Gandum 

1 comment:

  1. Jaga pemakanan anda apabila mengidap kencing manis...buat senaman sekurang-kurangnya 15 mnt setiap hari..jaga pemakanna dan makan makanan yg seimbang
    .

    ReplyDelete