Tuesday 7 October 2014

Tip Rancang Kewangan

       Semua orang pasti ada bercita-cita dan berangan-angan mahu menjadi kaya kan?? Tak salah kan kalau kita mahu berangan menjadi kaya. Jangan jadi seperti angan-angan mat jenin sudah lah..T____T

       Tapi nanti kalau dah kaya tu jangan lah lupa diri, lupa keluarga, jadi riak dan kedekut pulak, ingatlah harta di dunia walau sebesar gunung Everest pun i tak boleh dibawa ke kubur. Jadi kalau Tuhan beri harta kekayaan tu kita hendaklah ingat orang yang susah, banyakkan sedekah, bayar zakat (wajib tau) dan banyak lagi lah amalan baik yang boleh dilakukan.



       Ok sempena dengan tajuk ni saya ada tip untuk merancang kewangan. Tip ini sebenarnya di ambil dari Irfan Khairi. Siapa yang tak kenal beliau ni, beliau adalah merupakan salah seorang jutawan  muda internet yang berjaya. 

Tip Pertama: Banyak membaca berkenaan pengurusan kewangan

Luangkan masa dalam 10 hingga 20 jam sebulan untuk membaca berkaitan pengurusan kewangan. Makin banyak anda membaca berkenaan pengurusan kewangan semakin berjaya anda dalam menguruskan kewanagn anda.

Tip Kedua: Catat aliran wang keluar masuk

Anda boleh memuat turun aplikasi Expense Manager, Hand Wallet dan sebagainya di telefon pintar anda untuk mencatat segala wang keluar masuk anda. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui perbelanjaan yang perlu dan tidak perlu. 

Tip Ketiga: Jana pendapatan sampingan

Pendapatan sampingan adalah pendaptan selain pendapatan utama anda. Anda boleh mendapatkan pendapatan sampingan melalui perniagaan sampingan seperti jualan online, jualan kecil-kecilan di rumah atau komisen dari hasil pelaburan anda.

      Itu sahaja yang dapat saya kongsi kepada anda. Sebenarnya banyak lagi tip yang saya nak kongsikan tapi mata pun dah letih nak taip banyak-banyak, nanti saya akan kongsikan di lain entri ye. Tungguuu...T_____T 

No comments:

Post a Comment