Tuesday 7 October 2014

Makanan Untuk Cantikkan Gigi

Sesetengah jenis makanan membuatkan gigi berlubang, plak dan mengeluarkan bau mulut yang kurang menyenangkan. Jangan bimbang! Masih ada makanan yang boleh membuatkan senyuman anda kelihatan cantik dan menawan. Berikut adalah makanan-makanan yang dicadangkan:

PRODUK TENUSU
Susu serta produk yang berasakan tenusu mengandungi bahan mineral yang dikenali sebagai kalsium dan fasfor. Sebatian ini dipercayai boleh menguatkan enamel kerana protein yang terkandung di dalamnya berupaya menguatkan gigi.

NENAS
Nenas kaya dengan enzim semulajadi yang dikenali sebagai bromelain. Enzim ini berfungsi menghilangkan plak sekali gus mengusir bakteria yang melekat di gigi. 

IKAN SALMON
Kandungan asid lemak omega 3 dan fosfor dipercayai amat bagus untuk memperkuatkan enemel gigi. Ia merupakan sumber vitamin D yang amat bagus untuk menyerap kalsium supaya gigi bertambah sihat dan kuat.

STRAWBERI
Strawberi menghasilkan asid malik ketika ia dikunyah. Selain rasa yang sedap ia memberi kesan untuk memutihkan gigi.

LOBAK MERAH
Pernahkah anda terlupa untuk menggosok gigi? Mungkin bunyinya seperti mustahil tetapi sekirannya terjadi maka kunyahlah beberapa potong lobak merah. Dikatakan mampu untuk mengikis plak-plak yang melekat pada gigi selain merangsang air liur yang berfungsi secara semulajadi untuk membersihkan gigi.

EPAL
Hanya menggigit sepotong epal, anda sebenarnya telah membersihkan plak di gigi. Epal mengandungi sejenis asid yang berupaya melarutkan kotoran di ceah-celah gigi.

No comments:

Post a Comment