Wednesday 8 October 2014

Keajaiban Roselle

Pasti ramai kurang jelas bila disebut asam susur tetapi jika roselle bagaimana? Sudah terbayang di fikiran akan kesegaran airnya serta kemerahan bunga yang diketahui mengandungi banyak khasiat.



Dipercayai tumbuhan ini berasal dari benua Afrika. Pucuk daun mudanya boleh dituai selepas tiga bulan ditanam sementara kaliks pula boleh dipetik dalam jangka masa 15 hingga 20 hari selepas bunga-bunganya dihasilkan.

BAHAN MAKANAN

Kaliksnya boleh dijadikan sirap, jem dan agar-agar malah boleh diguna semula selepas dikeringkan dengan betul. Bijinya boleh dipanggang dan sesuai dijadikan pengganti minyak masak. Begitu juga dengan pucuk dan daun muda yang boleh dimakan mentah atau dimasak biarpun rasanya sedikit masam dan berlendir.

PENAWAR

Rebusan kaliks boleh dijadikan minuman untuk melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan kolestrol dalam darah selain merawat masalah arteriosklerosis.


Bijinya pula ditumbuk hingga lumat dan kemudian ditelan bagi melawaskan air kencing dan air besar.

Dipercayai biji asam susur ini mengandungi vitamin A, B fan C yang sangat bagus untuk kesihatan mata sekaligus memelihara kecantikan kulit. Sesuai juga dibaut syampu dan tonik penyubur rambut.

Sementara itu, bahagian akarnya boleh direbus dan diminum untuk dijadikan pembuka selera, memgubat masalah ulser usus seterusnya merawat arteriosklerosis.

No comments:

Post a Comment