Sunday 26 October 2014

Tip Cegah Penyakit

       Apabila usia menginjak usia 30 tahun ke atas, tubuh badan masih di tahap aktif dan produktif. Namun jika pola hidup  dan pemakanan sejak di usia muda sehingga di tahap usia 30 tahun tidak sihat, anda mungkin akan mengundang pelbagai penyakit berbahaya seperti penyakit jantung.

       Jadi sebelum anda menyesal di kemudian hari, sebaiknya sedari awal dengan amalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang baik. Pun begitu, masih belum terlambat untuk anda mengubah gaya hidup yang sihat.

       Mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Ikuti tip yang boleh anda jadikan panduan bagi menjaga kesihatan anda.

       Berusaha untuk mengurangi ketegangan dalam pelbagai aspek, baik di tempat kerja mahupun di dalam lingkungan rumah. Semakin anda relaks, semakin mudah tubuh anda mengatasi kadar tekanan. Berdasarkan kajian, olahraga merupakan antara salah satu cara yang mampu membantu mengurangkan perasaan tidak selesa yang dialami, terutamanya stress. Jadi, jangan tunggu. Mari mula berolahraga!


~ Olahraga secara teratur bukan sahaja membuatkan tubuh anda menjadi cergas, sihat dan bermaya, terutama kepada anda yang berada di lingkungan usia 30 tahun ke atas. Tidak perlu intensiti olahraga yang berlebihan. Cukup sekadar 15 hingga 30 minit sesi olahraga setiap hari untuk kesihatan jantung anda.


~ Cuba hindari makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan yang tinggi kalori. Makanan sebegini boleh meningkatkan kadar kolestrol dalam tubuh, seterusnya menjadi penyebab sakit jantung dan penyakit lain.


~ Tidur kurang dari 5 jam sehari boleh menyebabkan risiko strok atau serangan jantung. Sebaiknya pastikan anda dapatkan tidur nyenyak yang mencukupi dan kekalkan waktu tidur yang tetap setiap hari.


~ Sarapan amat penting untuk memulakan hari anda. Jangan sesekali abaikan atau melewatkan sarapan anda. Sarapan yang sihat akan memberikan kebaikan rubuh untuk kekal aktif sehingga tiba waktu tengah hari. Perkayaan sarapan anda dengan  pengambilan vitamin dan juga mineral yang boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.


~ Paling penting, batasi pengambilan gula dan garam seharian anda. Makan makanan yang manis boleh meningkatkan kolestrol serta kadar trigliserida manakala makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi.

No comments:

Post a Comment