Saturday 11 October 2014

Tip Kecilkan Punggung Dan Peha Besar

       Anda berasa tertekan apabila kesemua kain dan seluar jeans tidak muat. Sudah bermacam-macam diet dan senaman dilakukan tetapi saiz punggung anda masih tidak mengecil. Saiz badan anda kecil tetapi anda memilikki pinggul dan punggung yang besar. Mengapa berlaku pengumpulan lemak pada punggung dan peha?

       Hipodermis adalah tempat lapisan lemak sabkutan. Walaupun terdapat bahagian tubuh lain yang memyimpan lemak seperti di dalam rongga perut dan di sekitar organ dalaman tetapi hipodermis adalah tempat 50 peratus dari jumlah kesemua lemak badan tersimpan. Fungsi lemak di hipodermis adalah sebagai penebat, insulasi dan penyimpan tenaga.

       Peratusan lemak di dalam tubuh berubah dan dipengaruhi oleh hormon seperti insulin, enstrogen dan testosteron. Apabila mencapai akil baligh, jumlah sel lemak di dalam badan akan tetap dan tidak bertambah kecuali jika berat badan menjadi  200 peratus daripada berat badan ideal. Oleh itu peningkatan dan penurunan berat badan anda sekarang adalah kerana sel lemak itu mengempis atau memgembang.

       Setiap orang menginginkan bentuk badan yang ideal terutamanya wanita. Memilikki bentuk atau ukuran punggung yang berlebihan kadang kala menjadi satu beban kepada wanita. Ini kerana mereka merasa kurang yakin dan malu dengan bentuk badan yang sentiasa menjadi perhatian orang.

Di sini saya ingin kongikan tip untuk mengecikan punggung dan peha yang besar.



1. Lakukan Senaman Kardio


Caranya, posisikan tubuh pada posisi terlentang dan simpan tangan di sebelah badan. Pilih tempat yang paling selesa untuk melakukan senaman ini.  Kemudian angkat kaki kanan dan kiri secara bergantian dengan gerakan ke atas dan ke bawah. Lakukan gerakan ini sebanyak 15 kali.

Kemudian lakukan gerakan seperti mengayuh basikal. Ingat, dalam senaman jumlah yang banyak tidak bermakna apabila tidak dilakukan dengan baik. Oleh sebab itulah, lakukan gerakan mengayuh basikal dengan perlahan, tapi pastikan ia berjaya dibuat sebanyak 15 kali.

2. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali


Dengan berjalan kaki, secara tidak langsung anda telah menggerakan punggung anda. Bahkan senaman berjalan kaki juga biasanya tidak terlalu disedari, namun banyak kebaikannya. Dengan berjalan kaki sebanyak sepuluh ribu langkah setiap hari, maka kaki, paha dan punggung anda akan menjadi lebih kecil dan menarik.

3. Jaga Pola Pemakanan


Perbanyakkan makan buah dan sayuran segar agar tubuh mendapat jumlah vitamin dan mineral, juga membantu membakar lemak dalam tubuh. Hindari pengambilan lemak, karbohidrat serta gula. Anda juga harus perbanyakkan minum air putih. 

2 comments: