Monday 28 July 2014

Kurangkan Pengambilan Garam

Selamat menyambut Hari Raya buat pembaca-pembaca semua.. :-) Macam mana sambutan raya tahun ni, mesti meriah kan? Hari raya adalah untuk kita mengunjungi rumah saudara mara dan sahabat handai untuk saling bermaaf-maafan bukan hari untuk kita membalas dendam untuk makan sepuas-sepuasnya.

Biasanya di hari raya kita akan dihidangkan dengan pelbagai jenis kuih muih dan makanan seperti ketupat, lemang, nasi minyak, lontong, sate dan banyak lagi yang semestinya mempunyai banyak kandungan garam di dalamnya. Jadi entry kali ni saya nak share info tentang garam ni.



Garam adalah mineral yang terdapat dalam makanan secara semulajadi atau ditambah semasa pemprosessan atau memasak. Garam boleh didapati dalam bentuk garam halus atau kasar yang ditambah dalam makanan atau tersembunyi seperti yang terdapat dalam sos, kicap, taucu, moyonis, keju, ikan masin serta serbuk dan kiub perisa.

Garam diperlukan dalam jumlah kecil untuk kesihatan. Dengar tu, dalam jumlah kecil je okey, tak semestinya korang tak boleh amik garam langsung sebab garam juga perlu untuk kesihatan. Garam biasa yang digunakan dalam masakan mengandungi 99.9% natrium klorida (sodium chloride).

Kesan garam terhadap kesihatan

Akan tetapi pengambilan garam berlebihan meningkatkan risiko darah tinggi atau hipertensi.


Panduan mengurangkan pengambilan garam


  • Gunakan perencah asli seperti jus limau dan rempah ratus.
  • Kurangkan penggunaan garam, perisa tiruan, kicap dan taucu dalam masakan.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang diproses seperti makanan dalam tin, sosej, burger dan makanan segera.
  • Kurangkan penggunaan moyonis dan keju dalam penyediaan makanan.
  • Kurangkan makanan ringan yang masin seperti keropok dan kacang bergaram.
  • Kurangkan makanan yang diawet seperti ikan masin, belacan, cencaluk, budu serta jerik asin buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Baca label makanan dan elakkan membeli makanan yang kaya dengan natrium klorida dan monosodium glutamate (MSG).
  • Hadkan pengambilan garam kepada 1 sudu teh (6 g) garam kepada 2400mg natrium.

Jadi jangan pandang remeh tentang pengambilan garam dalam diet harian anda. Kerana anda mungkin akan berisiko mendapat penyakit seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan penyakit-penyakit bahaya yang lain. 

Makanlah mengikut keperluan, bukan makan mengikut nafsu kelak anda juga akan merana. Pesanan ikhlas dari saya..hehe:-) 

No comments:

Post a Comment